My Instagram

CALON MENANTU PILIHAN EMAK.

Suatu malam, hujan turun dengan lebatnya. Suasana alam menjadi sejuk. Apatah lagi ketika angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut masuk melalui pintu gelongsor yang terbuka luas. Sejuk kaki ketika memijak mozek menandakan yang cuaca pada malam itu sejuk. Sila tutup aircond.

Namun gelora di hati muda Zack sedang membara. Hendak di luah mati emak, hendak di telan mati bapa. Zack serba salah. Duduk tidak kena, berdiri pun tidak kena. Kejap melangkah ke koridor melihat hujan. Kejap duduk atas sofa tonton tv. 

Mak Zack : Kamu ni kenapa Zack. Mengalahkan kucing nak beranak jer. Apa yang kamu nak cakap pada mak ni Zack ?

Erk..bertambah kencang rasanya degupan jantung Zack. Rupa-rupanya, tindak tanduk Zack sedang diperhatikan oleh ibundanya yang sedang menonton ceramah agama di TV9. 

Zack : Takder apa-apalah mak. Zack senaman tadi tu mak. Rasa sengal-sengal lah pula kaki ni kalau asyik lepak atas sofa jer.

Terasa seperti tidak kena pula jawapan tu tapi itu sahaja yang terlintas di fikiran Zack ketika itu. Ahhh..

Mak Zack : Kau nak kahwin ker Zack ?

Selamba sahaja soalan dari ibunda Zack. Mata tetap tonton ceramah Ustaz Kazim Elias. Zack terkejut dengan tekaan tepat ibundanya. Memang terro mak aku ni. Kata Zack di dalam hati tanda teruja.

Zack : Yerlah mak. Zack memang nak kahwin.

Mak Zack : Dah ada calon ker ?

Zack : Dah ada mak. Ada dua orang calon. Itu yang buat Zack blurr nak memilih ni. 

Mak Zack : Kerja apa ?

Zack : Ehm, seorang tu kerja cikgu mak, yang sorang lagi kerja pembantu pentadbiran. Dua-dua bertudung, sama cantik, sama bijak.

Mak Zack : Kau kahwin jer dengan kedua-duanya sekali.

Sempat pula ibunda Zack bergurau dalam hal yang amat penting demi masa depan Zack. Zack tersenyum kelat. Dia tahu, ibundanya sedang bergurau dengannya.

Zack : Alah mak ni, orang tengah serius dan pening memikir ni, mak buat lawak pula. Mak tolong Zack mak.

Ibunda Zack masih menonton ceramah agama tersebut. Makin panaslah pula isu yang sedang diperbincangkan oleh Ustaz Kazim Elias bersama pengacara rancangan.

Mak Zack : Nanti mak beritahu. Kau dah Isyak tak lagi ni? Kalau belum pergi Isyak dan lepas tu tidur.

Zack : Awal lagilah nak tidur mak. Zack....

Mak Zack : Zack.. cuba buat apa yang mak suruh. Tidur awal. Jam 4 pagi nanti bangun untuk solat istiqarah. Mohon petunjuk untuk masalah Zack tu.

Zack : Zack dah buat mak. Tak nampak apa-apa. Zack hanya nampak wajah mak dalam semua mimpi Zack tu. Mak ada jawapannya kan.

Ibunda Zack hanya tersenyum memandang anak lelaki no. duanya. Di usab lembut rambut Zack. Zack berasa amat tenang sekali di perlakukan sebegitu. 

Mak Zack : Memang mak dah ada jawapnya tapi Zack bersabar sehingga esok yer. Malam ni mak ada kelas untuk mengajar. 

Adik Zack : Alah, mak jangan layan sangat abang tu. Mak pergi sahaja mengajar mengaji tu. Abang tengah angau nak kahwin tu mak. Biarkan dia dengan angaunya. Tu lah, yang gatal nak bercinta sampai dua orang sekali tu, siapa suruh. Bila tiba nak buat pilihan, tu pun nak tanya mak.

Zack : Eh, banyak pula komen kau yer. Nah ambil kau.

Zack mencampakkan bantal ke arah adiknya. Balingan Zack tersasar kerana dapat di elakkan oleh adik Zack.

Adik Zack : E ee tak kena. Tak kena. Abang tengah angau nak kahwin.

Zack bangun untuk mengejar adiknya yang sengaja buat kecoh pada malam itu. Terjadilah aksi kejar mengejar disekeliling sofa antara Zack dan adiknya.

bersambung...

Nota : Selamat malam semua. Kita sambung esok yer, kalau tak esok, lusa. Kalau tak lusa, tulat agaknya. Jangan marah yer. :) 

Nota 1 : Oh ya, kisah ini berdasarkan kisah benar yang diceritakan oleh mak angkat saya kepada saya ketika dia memilih calon isteri untuk anaknya.  


10 ulasan

H.J berkata...

haha..saspen ni

GreenAppleKu.com berkata...

@ H.J, agaknyer itulah yang Zack rasa yer, suspen jer menunggu jawapan dari ibunda tercinta. Mau tidak lena tidur di buatnya.

☀ Izzaty Hedry☀ berkata...

alahai .. hbiskan cpt cerita ni .. tak sabaq rsanya ..:P

delarocha berkata...

waaa... kisah benar

teruja jugak nak tau

chokeLy berkata...

alaa.. cpt la smbg. =(

logorithm berkata...

Wah... menarik cerpen nih! Cik GA memang berbakat dalam penulisan!

LIKE LIKE!


Terbaru dari Logokoko:

[13SX] Makcik bertudung labuh KENTUT dalam lift!

GreenAppleKu.com berkata...

@ ☀ Izzaty Hedry☀ , sabarlah. tahun depan saya sambung..hehe..(larikkkkkk)

GreenAppleKu.com berkata...

@ delarocha, teruja sebab nak buat panduan memilih calon isteri ker? hehe..

GreenAppleKu.com berkata...

@ chokeLy, jangan lah sedih, tahun depan saya sambung..(larikkkkkk)

GreenAppleKu.com berkata...

@ logorithm, bakat tu kena gilap lagilah Logo. hehe.. ganas tajuk entri you hari ini.