Setahun kemudian, 

Zack : Sayang, tolong masukkan senarai ‘sport rim’ yang baru sampai ni ke dalam sistem x-pos. Begitu juga dengan stok tayar baru ni. Nanti minta sayang ‘print’kan akaun terkini syarikat ya. Sekejap lagi ‘big bos’ kita nak sampai. Tentu dia nak tengok status terkini akaun syarikat. 

Lisa : Yer lah abang. Kalau macam ni lah punya kerja, hujung tahun ni Lisa nak minta naik gaji. 

Zack : Amboi, baru minta tolong sikit dah ‘demand’ nak minta naik gaji. Bab gaji sayang kena minta pada ‘big bos’, bukan pada abang. Eh, puteri kita dah tidur ker? 

Lisa : Sebab dia dah tidur ler yang Lisa turun tolong abang ni. Kalau tak, mesti dia nak ikut sama turun ke bawah jumpa abang. Tapi tak per, bibik kan ada di atas teman Puteri kita. Abang jangan risau, siap kerja ni, Lisa naiklah ke atas sekejap. 

Zack : Tak naik pun tak per. Dari sini pun kita boleh lihat apa yang terjadi di atas. 

Kata Zack sambil memerhatikan apa yang terjadi di tingkat atas dari skrin CCTV yang berada di dalam bilik pejabat. Bangunan perniagaan setingkat itu wajib di pasang CCTV demi keselamatan semasa berada di premis perniagaan. 

Syukur, Zack kini bahagia bersama Lisa, calon isteri yang dipilihnya berpanduan beberapa garis panduan yang diberikan oleh ibundanya. Lisa sebelum ini seorang pembantu pentadbiran di sebuah syarikat swasta. Benar seperti apa yang ibundanya pernah katakan dahulu. Hendak memilih calon isteri bukan setakat melihat pada agama dan akhlaknya sahaja tapi kena pilih mengikut kesesuaian kerjaya seseorang. 

Zack seorang usahawan yang menjalankan perniagaan menjual tayar kereta. Sudah pasti Zack akan banyak menghabiskan masanya di premis perniagaan. Bagi usahawan seperti Zack, dia memerlukan seorang isteri yang turut sama dapat membantunya dalam perniagaan dan dalam pada masa yang sama boleh menjaga keluarga yang bakal dibina. 

Jika Zack memilih calon isteri yang kerjayanya seorang guru, Zack telah sedia maklum bagaimana rutin harian seorang guru. Dari pagi membawa ke petang. Hujung minggu juga masih ada kerja lain yang hendak dibereskan di sekolah. Itu belum lagi jika tiba masa si isteri terpaksa menghadiri kursus. Ada yang seminggu dan ada yang dua minggu tempoh kursus tersebut.


Jika ada rezeki di kurniakan anak, takkan Zack hendak membebankan ibundanya dengan meminta pertolongan untuk menjaga anaknya. Kalau dah Zack sibuk dengan perniagaannya, isterinya sibuk berkursus, dah tentu anak Zack akan mengalami sindrom kekurangan kasih dan sayang dari kedua ibubapanya.


Dari mana Zack tahu semua info ini? Zack tahu semua info tersebut sebab kakak sulung Zack juga seorang guru. Amat sesuailah kakaknya yang d jodohkan dengan seorang arkitek. Hari minggu telah tentu lepak di rumah. 

Emak Zack : Amboi anak mak, jauh mengelamun tu. Ingatkan siapa sampai tak sedar mak sampai ni? 

Zack : Laaaa mak, bila mak sampai. Sorry bos. Anak bos ni teringat kisah di saat kebuntuan memilih calon menantu untuk mak dahulu. Hehe.. 

Emak Zack : Ha, tiba-tiba teringat kisah dulu-dulu ni kenapa pula Zack. Hai..ada hati hendak rujuk semula dengan kekasih yang seorang lagi tu ker? 

Zack : Eishhh..mana ada mak. Ke situ pula mak. Dah ler mak, Zack tak nak cari masalah. Syukur padaNya kerana telah mengurniakan seorang isteri seperti Lisa. Hidup Zack dah lengkap mak. Zack dah jadi seorang ayah. Insyaallah Zack akan jadi seorang ketua keluarga yang baik di mata dan hati isteri. Dan tak lupa juga menjadi anak yang baik kepada mak. 

Adik Zack : Haaa pandainya abang bodek mak. Melambung kata-kata abang pada mak. Mak, jaga-jaga mak, tu ada udang di sebalik mee tu. 

Zack : Boleh tahan juga mulut kau yer. Kalau kau jadi udang, dah lama abang makan kau tau. Ni tetiba sahaja muncul ni, dari mana? 

Adik Zack : Orang dah lama sampai la, orang gi main dengan anak buah tersayang dahulu. Dah puas orang usik pipi montel dia sampai dia terjaga dari tidur.Hahahaha.... 

Lisa : Eh, betul ker puteri dah terjaga ni Nur ?

Adik Zack : April Foollllll.... hahahaha...

Nur berlari menyelamatkan diri dari menjadi sasaran lontaran patung mickey mouse abangnya dan menjadi bahan cubitan oleh kakak iparnya.


2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Bila difikirkan ...seronoknya jika bercinta selepas kawen..tapi, berdosa pula kalau merungyt dan menyesal dengan keadaan sekarang. jadi, redha dan terima qada dan qadarnya..Allah itu Maha Besar

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama