My Instagram

AGENDA BERSIH TELAH SELESAI.

Paling tak best ketika demam,
bila deria rasa turut terjejas.....

Hari ini, operasi membersihkan bilik tidur saya di mulakan. Walaupun keadaan kesihatan tidak mengizinkan di sebabkan demam selsema yang melanda sejak semalam, namun perancangan awal saya harus di teruskan. 

Walaupun operasi saya ini mendapat tentangan dari keluarga, namun hasrat murni saya untuk melihat bilik dalam keadaan bersih dan selesa menguatkan semangat saya. Jika tidak hari cuti hujung minggu ini, bila lagi saya hendak bersihkan bilik saya yer?

Tukar cadar, tukar sarung bantal, ganti selimut baru, vacum seluruh bilik, karpet corak kulit rimau pun turut menjadi mangsa en.vacum. Akhirnya sembur pewangi bilik ambi pur, telan ubat yang ada label " AWAS, UBAT INI BOLEH MENYEBABKAN MENGANTUK ". 

Sambil baring di atas tilam, menghilangkan keletihan, pandang siling rumah, memikirkan keadaan politik Malaysia yang dah seperti di negara lain, akhirnya  zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..


Nota : Banyak mangsa yang terlibat di dalam operasi bersih kali ini, antaranya sarang labah-labah. Nasib kau ler, dah lama sakit mata lihat kau menceroboh dalam bilik tanpa mendapat kelulusan. Suka hati buat 'sawang secara haram'.


10 ulasan:

  1. puas hati dgn tindakan bersih anda dirumah?? hiiiih

    BalasPadam
  2. @ MyZone~theUn4given, kalau bersih yg ini tak per.. :)

    BalasPadam
  3. @ ♥ Elin ♥ , amat berpuas hati. :)

    BalasPadam
  4. @ delarocha, kalau tak bersih sendiri, takder siapa yg nak tolong. Bila bilik bersih, mood tenang dan lancar menulis di dlm blog. :)

    BalasPadam
  5. labah-labah membina sarang melindungi kekasih Allah ketika hijrah

    apakah manusia selayaknya diperlaku seperti labah-labah...?

    BalasPadam
  6. @ Mohamadazhan.com, mana boleh samakan manusia dgn sarang labah2. Tetapi yang pasti, setiap masalah bersama kita cari jln penyelesaiannya. Buat apa bertekak mencari, siapa punca masalah tersebut. Masalah dah terjadi, adalah lebih rasional kita berdamai dan cari cara untuk selesaikan sesuatu masalah.

    BalasPadam
  7. @ logorithm, konfem dah merebak dah.. :)

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!