My Instagram

TIPS HOW TO ELAKKAN CINTA DARI SUAMI ORANG.


Ahaks! Tips tak boleh blah yang tak masuk dek akal yang tetiba terlintas di akal saya untuk menulis di dalam blog picisan ini. Moga ianya menjadi panduan berguna jika pada suatu hari nanti, anda diuji dengan cinta yang dihulurkan oleh suami seseorang. Tapi sebelum tu harap anda baca tajuk entri dengan betul dan faham betul-betul tau sebab..


TIPS HOW TO ELAKKAN CINTA DARI SUAMI ORANG


IS BERBEZA DENGAN


TIPS HOW TO ELAKKAN BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG!


Elakkan CINTA, bermaksud yang anda belum terlanjur bercinta dengan suami orang. Suami orang ni menyatakan hasrat yang dia telah jatuh cinta pandang pertama dengan anda dan anda tidak ada masa dan tak nak layan cinta dari suami orang tersebut.

You awesome girl!!

Elakkan BERCINTA, bermaksud yang anda telah 'terbercinta' dengan suami orang. Anda tahu dia suami yang sah kepada isteri orang tapi anda tetap nak juga bercinta dengan suami orang tersebut. Sanggup berkongsi cinta, berkongsi rasa dan berkongsi lelaki dengan bakal 'madu' anda. Anda memperjuangkan hikmah bermadu!

How to elakkan?


" Dunia ini tidak lepas daripada rasa jemu, sunyi dan lesu. Nikmat yang diburu, akan rasa jemu apabila sudah dalam genggaman. Manis, seronok dan indah hanya sementara. Tidak kira yang nikmat yang bernama anak, suami atau isteri. Tanpa cinta yang mendalam dan menyala-nyala kepada Allah, segala bentuk cinta yang lain (cinta mahkluk) akan beransur malap dan gelap. Begitulah fitrah hati. Cinta Allah itu tapak segala cinta yang lain. Bila cinta Allah goyah, cinta yang lain akan turut rebah.

Tanpa kembali kepada cinta Allah, kita akan menjadi pemburu cinta yang dungu dan lesu. Cinta yang di depan mata dipersia, cinta fatamorgana yang tidak nyata diburu bagai nak gila. Akibat jemu, sepi dan lesu, ada yang mula bertindak membuka lembaran cinta yang baru. Mereka ketagih untuk merasai semula keharuman dan kehangatan cinta yang pernah dialami masa muda-muda dahulu. Orang lama ini bermimpi untuk menjadi orang baru yang hidup penuh keceriaan, bertenaga dan bermotivasi dengan menjana cinta yang baru."

Cuba hayati dan fahami dengan benar maksud tarbiah di atas kerana itulah tips yang sebaik tips yang dapat saya kongsikan bersama untuk kali ini.


8 ulasan

sesegar berkata...

noted.
nauzubillah minta dijauhkan dari merosakkan rumah tangga org lain ..

GreenAppleKu.com berkata...

@ sesegar, insyaallah..

Phoenix berkata...

Setuju dgn sesegar ... :)

GreenAppleKu.com berkata...

@ Phoenix, kita boleh elakkan jika kita sedar dan tahu kenap kita perlu elakkan.. :)

sesegar berkata...

ee,takutnya.sepatutnya kena ingat la kan kalau terkena pada ahli keluarga sendiri macamane rasanya :)

GreenAppleKu.com berkata...

@ sesegar, itu sebab dah tak ingat ler tu..

honey amour berkata...

hahaha..memang bagussssss bangat entry ko ni dear...i loike !!!

GreenAppleKu.com berkata...

@ honey, sila jgn segan dan malu untuk selalu singgah dan baca artikel blog picisan ini yer..