My Instagram

JANGAN DI HARAP TERIMA KASIH ORANG



Selesai membayar harga NEVER A DULL MOMENT (NADM), saya terus beredar keluar dari salon ORIGINS. Terbang RM110 untuk satu tuib scrub muka. Memang mahal dan rasa tak masuk dek akal sungguh!

Tapi disebabkan kesannya yang amat baik pada kulit wajah saya, for me it's worth it. Berbaloi! Satu tuib boleh bertahan untuk lima bulan. RM110 di bahagikan 5 lebih kurang RM 21 kos untuk sebulan. 

Sebelum 'jatuh cinta' pada NADM, saya telah mencuba pelbagai jenama scrub lain. Amat mendukacitakan hasilnya. Sehinggalah saya mengambil keputusan untuk tidak menggunakan apa-apa scrub lagi sehinggalah saya terbaca di satu laman web mengenai kebaikkan scrub NADM.

Terpanjanglah pula bercerita tentang scrub muka. Sorry yer. Kita sambung cerita yang telah terganggu kerana iklan produk kecantikkan. Hehe..

Settle urusan pembayaran, saya terus meninggalkan QueensBay Mall. Tengok jam tangan dah hampir 6 petang. OMG! Kena cepat kalau nak elak kesesakkan lalu lintas. Ini semua salah promoter ORIGINS tu ler. Mesra sungguh layanan yang diberikan. Minta saya tunggu sebab nak kasi free gift ler. Tak cukup dengan itu, mereka beri free mini facial supaya saya dapat merasakan kesan produk terbaru mereka. Kata orang, rezeki jangan di tolak.

Saya mempercepatkan langkah menuju ke mesin auto pay. Mak aih, panjang ler pula barisan. So ends up saya beratur di belakang seorang jejaka yang hensemnyer tahap pelakon Azhar Sulaiman. 

Patutlah panjang barisan. Rupanya satu mesin auto pay rosak! Tinggal satu jer yang masih boleh beroperasi. Eh, kenapalah lama pula En. Azhar Sulaiman ni. Rosak juga ker mesin yang satu tu? Saya pun lihatlah apa yang sedang di buat oleh En. Azhar tadi.

Ler..yang kau pergi masukkan kad pada tempat untuk masukkan duit tu buat apa cik abang oiiii. Bermonolog dan sambil teragak-agak juga saya, samada nak tegur ker tak. Nak tegur ker tak yer?

" Ehm..rasanya awak dah silap masukkan kad tu. Tempat kad di sini. " Sampai bila saya nak tunggu dan lihat aksi tersebutkan. Lucu memang lucu tapi kena kontrol.

Tanpa ucapan terima kasih, that guys terus berlalu pergi. It's okay. Dia malu agaknya. Atau mungkin dia pun nak cepat seperti saya.

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca yer. Jom join saya, kita berpuasa di bulan Rejab.


NEVER A DULL MOMENT..


Nota : Kahkahkah..En.Azhar oii En. Azhar.


12 ulasan

Mylady berkata...

dia termalu ngan hang la tu..hehehe..
haa.tu la..sib baik hang ingatkan..dapat aku berpuasa sambut rejab hari ni..:-)

GreenAppleKu.com berkata...

@ Mylady, waaa tahniah ler untuk awak sahabatku. Ni tak leh jadi ni, aku pun nak puasa gak..hehe..

Tanpa Nama berkata...

confirm malu..agaknya kalau bole nak masukkan muka dalam kasut, dah lama kot dia masuk kan..

:P

GreenAppleKu.com berkata...

@ Elena, kita kena selalu berfikiran positif. hahaha..

qucachahir berkata...

sis kite guna nano white.. ;)
oke lah kowt..huhu..
best tak pakai scrub tue sis?

to en.zahar :
sekurang-kurangnya ucapkan "thanks"..
rasenye dy malu tue kak..hihi..
kene tegur dengan perempuan pulak kan.. :D

logorithm berkata...

Boleh menghilangkan jeragat?

anismelon berkata...

terjah sini balikkk..tenks yup sudi singgah blog anis..rajin rajin singgah lg..:)

GreenAppleKu.com berkata...

@ Quca, cover malu!

GreenAppleKu.com berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
GreenAppleKu.com berkata...

@ Logo, tak sangka awak seorg lelaki yg mementingkan penjagaan wajah. Tak pun logo nak beli untuk your girlfriends yer. hehe..

Yup, boleh menghilangkan jeragat, parut jerawat dan kulit mati. Selepas scrub muka, biarkan 2 minit di wajah to lets all the khasiat meresap ke wajah. Then cuci ngan air suam.

Ler, kan dah buat tutorial scrub wajah..haha..

GreenAppleKu.com berkata...

@ anis melon, orait, ada masa saye akan terjah blog anis yg comel cam melon.

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

malu le tu kena tego . hehe ;)

Contest dan Segmen - Janganlah Over