ALLAH AKAN MENGGANTIKAN YANG LEBIH BAIK

Hadapilah setiap ujian, dugaan dan masalah dengan 'cool'. 
Semoga ada hikmahnya.


Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia mengantikannya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya.

Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat pendek. Adapun akhirat lebih baik dan kekal. Dan sesungguhnya apa yang ada disisi Allah itu lebih baik, lebih abadi, lebih utama, dan lebih mulia.

Namun berapa ramai yang mengakui akan realiti ketentuan ini? Lebih banyak dari kita akan melatah dan berkata, 


" Kalau aku tidak datang jumpa kamu, konfem motosikal aku tak hilang."


" Kalau aku tidak ke masjid tadi, konfem selipar aku tak hilang."


" Itulah kamu, kamu kan tahu ayahanda tidak suka ke hospital tapi kamu nak juga bawa ayahanda ke hospital. Kan ayahanda dah mati! Kamulah penyebab ayahanda mati! " (Sila teka, dari filem manakah sedutan dialog tersebut.)


Kesejahteraan dan kebahagian bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan. (Ar-Ra'd 24)


Ulasan

bersama kak Es berkata…
KALAU tu yang tak boleh sebut tu kann
SweetLikeWhat berkata…
tq untuk peringatan nie.. :D
qucachahir berkata…
hehe..kite terasa nie kak.. ;)
perkataan kalau tue patut diubah..