“Jadilah lilin… yang membakar diri untuk menerangi… berkorban diri demi kebaikan orang lain!” itulah ungkapan ‘indah’ yang sering disebut orang kita.

Guru umpama lilin.

Kekasih umpama lilin.

Dan pelbagai siri lilin yang lain, terbakar diri untuk memberi.

Simbol pengorbanan.


Lilin itu menyinar. Tetapi sinarnya hasil terbakar diri. Ia menghasilkan manfaat buat orang lain, tetapi membiarkan diri binasa. Ia membekalkan kebaikan yang dimanfaatkan oleh semua orang kecuali dirinya sendiri. Manusia lain mendapat kebaikan darinya, tetapi dirinya sendiri hancur binasa.

Lilin tidak sedar ketika sibuk menghasilkan cahaya, dirinya sendiri menuju gelita, fana’ dan binasa.




PESANAN BUAT LILIN

Justeru bagi sekalian yang alpa menjadi lilin, janganlah dirimu terang sebatang hanya sepetang. Engkau harus berusaha menjadi lampu yang sentiasa mengisi diri dengan bahan bakar untuk terus bercahaya. Terbakarnya berterusan menghasilkan kebaikan, dan terus menerus berkorban, bukannya tamat kerana mangsa korban… korban sendiri yang alpa terhadap diri.

Manusia yang tidak memiliki, adalah manusia yang alpa diri, tidaklah dia mampu hidup memberi.

Banyakkan usaha mencari, sebanyak cita-citamu untuk memberi.

Credit to Saifulislam.com

GreenAppleKu : Jangan jadi seperti lilin yang berkorban untuk memberi keselesaan pada orang lain walaupun diri sendiri yang mendapat susah di akhirnya. 

Dalam kehidupan ini, agaknya berapa banyak lilin yang kita temui ya. Ada lilin yang ringan tangan memberi wang untuk di pinjam oleh rakan walhal perbelanjaan si lilin ni untuk bulan tu, cukup-cukup jer. Alasan, untuk menjaga hati kawan dan kerana terhutang budi. Maka tertunggaklah ansuran kereta si lilin untuk bulan tersebut. Ini adalah sikap yang tidak sepatutnya. 

Ada juga lilin yang sanggup 'cover' perilaku sahabat yang curang pada pasangan dengan alasan, dia sahabat baik awak. Sepatutnya sebagai sahabat baik, adalah lebih baik kita menegur dan menasihati sahabat kita yang berada di jalan yang tidak betul. Bimbing dia kembali ke jalan yang benar. Bukan biarkan dia sesat dan terus tersesat dalam perjalanannya itu.

Disamping itu, sentiasa melihat pada diri kita, agaknya kita ni lilin apa ya? Lilin wangi ker atau pelita ?

Salam ceria buat semua dan live life happy. 


6 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. perumpamaan ini mcm dah tak sesuai ekk..

    jadilah lampu menyinarkan cahaya. nanti tuannya bayar bil hehehe

    BalasPadam
  2. zaman sekarang dah tak boleh nak berkorban sangat untuk orang.nanti orang pijak kepala.

    BalasPadam
  3. @ Kak Es, okay gak pepatah kak Es tu. huhu..
    Bukan tak leh gunapakai, masih boleh tapi biarlah yang kena pada tempat dan caranya. Asalkan diri sendiri tidak susah udah ler.

    BalasPadam
  4. err.. jadi mcam lilin pon susah jugak kan? membahayakan diri sendiri.. hehe =)

    BalasPadam
  5. mintak maaf, nk tlg betulkan tajuk tu..patutnye "think twice" ~ tp sy bukan cikgu, heee, teringin jerr..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama