Tragedi Jumaat, 13 May 2011 menjadi satu kenangan manis buat semua blogger kerana hampir semua blogger yang menggunakan blogger tidak dapat log in ke blog masing-masing. Kesan daripada kejadian ini, kebanyakkan blogger berasa sentak, marah, kecewa, sasau, rindu dan pelbagai lagi rasa yang tidak enak.

Sebagai alternatif untuk mengubati rasa ingin menaip, ada blogger yang menggunakan facebook sebagai salah satu medan untuk mengurangkan stress. Rasanya ramai yang berbuat sedemikian. hehe..

Bila blog tidak dapat di log in, selain dari menjadikan facebook sebagai alternatif, apa lagi yang anda buat yer? Komenlah di blog saya yer.

Apa yang saya buat? Selain sekali sekala komen di facebook, saya berjaya selesaikan kerja utama saya di tempat kerja. Hendak di jadikan cerita, pada hari tersebut, banyak pula tugasan baru yang perlu saya selesaikan dengan segera. 

Apabila kita berurusan dengan tuntutan bayaran dari pihak kontraktor, saya sebagai wakil dari perunding arkitek yang telah diberi tanggungjawap, kebiasaannya pihak kami tidak akan simpan lama kesemua tuntutan tersebut. Kami siapkan pada hari itu juga. Buat apa peram tuntutan orang lama-lama? Buat susah diri sendiri adalah. Jika tersalah laku, tindakan kita tersebut boleh susahkan ramai pihak lain. 

Jadilah manusia yang bertanggungjawap, amanah dan tidak menyusahkan orang lain. Peace!


p/s : Baru saya perasan, mana pergi semua komen di blog saya untuk artikel flash header dan kontes with Sandra tu? Hilang! Waaa..ini konfem kesan dari masalah tragedi 13 Mei ni..


15 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. mmg abis pun.. ada komen yg ilang.. dan templete gak berubah.. susun atur gadget dlm blog berterabur.. huhu.. jap g baru nak ngadap betulkan semula gadget.. (^_^)

    BalasPadam
  2. @ Puteri, mak aih..banyaknyer masalah kat blog awak. Hope awak berjaya selesaikan segera dan blog kembali seperti asal. All the best tuan puteri.

    BalasPadam
  3. saya lak dua entri saya hilang... komen2 segala pun lenyapp.. huhuhu.. Syukur juga lah blog maintainace semalam. at least kerja2 berterabur aku beres.. hehehehe.. selalunya dok depan laptor je hadap blog.. haha

    BalasPadam
  4. kehkeh..JT salah sorang yg gunakan facebook sbg alternatif..mcm lagi best je kat sane. bleh baca dan balas komen secara terus. ngehh..

    p/s: trajedi = tragedi

    BalasPadam
  5. pun ilang gak komen? semua kena eh.

    BalasPadam
  6. @ Gen2merah, haaa dah terbongkar rahsia seorang guru..hehe. Setiap perkara yg terjadi pasti ada hikmahnya. Betul tak cikgu?

    BalasPadam
  7. bila tak bleh layan blog...baru sibuk nak ingat layan tv dan main futsal...gaggagag

    BalasPadam
  8. @ Jejaka Terhangat, betullah JT, kalaulah facebook pun boleh letak iklan cam kat blog, rasanya dah ramai blogger tukar ke facebook.huhu..

    Tq sebab tolong membetulkan ayat tu..

    BalasPadam
  9. @ wanita, saya pun sama gak, komen dah hilang. Agaknya apatah lagi yg hilang yer?

    BalasPadam
  10. @ cik kamoo, awa main futsal? cayalah, boleh tahan ganas gak awak nih...

    Ada baiknya juga, dapat menyihatkan tubuh, bakar lemak2 yg tidak d perlukan..

    BalasPadam
  11. Saya yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog ne pun jadi tak ketahuan sehari tak dapat nak update blog. Hilang semangat seketika.. Huhu..

    blog sharifdez

    BalasPadam
  12. @ Sharif Dez, saya amat memahami situasi anda ketika itu. Kuatkan semangat sebab sekarang blog dah ok.!

    BalasPadam
  13. salam kak

    nasib lah pakai benda free.hehe. lepas ni harap tak buat hal lagi la blogspot ni

    BalasPadam
  14. ingatkan pe la tadi. pasal peristiwa berdarah ke pe.. baru tgh smgt nak baca.. :p

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama