" Engkau lain Lisa, cerai mati. Aku ni lain, cerai hidup. Lain tau cerai mati dan cerai hidup ni. " Luahan hati Helly pada Lisa ketika reunion baru-baru ini. Ini kerana Lisa telah menegur tindakan Helly yang di fikirkan Lisa, tidak patut Helly berbuat sedemikian pada bekas suaminya.

" Erk...ada bezakah? Pada pendapat aku sama sahaja. Apa yang membezakan antara cerai mati dan cerai hidup ni? " 

" Bercerai mati, engkau dah tentu tak dapat berjumpa atau lihat arwah suami kau. Hanya kenangan engkau bersama arwah yang akan sekali sekala hadir menjelma dalam ingatan. 

Bercerai hidup ini, lagi dasyat ujiannya. Kalau engkau ada anak dengan bekas suami, dah tentu samada engkau hendak atau tak nak, terpaksa berjumpa semula dengan bekas suami kau tu. Yelah, takkan nak pisahkan anak dengan ayahnya. Di sinilah akan bermula pelbagai masalah.

Hendak pula bekas suami bawa isteri baru semasa nak berjumpa anak. Dah tentu isteri baru tu nak ikut, kes cemburu, manalah tahu suami dia nak rujuk semula dengan bekas isteri. Ehm, tahu pun apa itu cemburu tapi semasa dia menjadi punca bercerainya suami isteri tersebut, tidak pula di fikirkannya, apa itu cemburu. " panjang lebar penerangan dari Helly. Ternganga le juga mulut comel Lisa mendengar penerangan Helly.

" Ehm, you are right Helly. Amat berbeza perjalanan kehidupan seorang wanita yang bercerai mati dengan arwah suaminya jika hendak di bandingkan dengan seorang wanita yang bercerai hidup dengan bekas suaminya dek kerana suaminya telah tegar untuk tidak setia padanya. Silap haribulan boleh sakit jiwa memikirkan setiap ujian yang hadir satu persatu."

" Thanks Lisa to understand the kronologi of my life. Jangan kau ingat yang rampas suami aku tu janda. Isteri orang pun ada yang lebih buruk perangai jika hendak dibandingkan dengan janda. Dasar perempuan tidak sedar diri, dah tahu diri tu isteri orang tapi tetap juga hendak pikat suami orang lain.

Aku tahu perempuan tu bukan nak sangat pada suami aku. Kemewahan dan harta yang menjadi matlamat dia untuk tekad pikat bekas suami aku yang sekarang ni telah menjadi suami dia.

Tapi dia silap besar sebab segala kemewahan yang dia nampak tu sebenarnya milik aku. Bisnes tu, ayah aku telah amanahkan pada aku dan tiga orang abang aku. Suami aku tu sekadar membantu aku sahaja. Dia tidak ada apa-apa share dalam syarikat gergasi milik keluarga aku. "

" Wa..padan muka perempuan tu. Konon mimpikan merak dikayangan akhirnya dapat gagak di rimba. No wonder, dia cemburu pada kau Helly, ialah takut suami dia tu rujuk semula dengan janda yang kaya raya. Ehm, Allahswt tu Maha Adil. What you did, you get back ! "

" Ehm, betul tu. Eh, dah ler cerita isu yang tidak best ni. Tak cool ler merampas hak milik orang. Nampak seperti terdesak sangat. Boleh tenangkah kehidupan seorang perampas ni? 

Hari ini aku belanja kau makan dan minum sempena hari ibu. Moga kita berdua menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak. Sama-samalah kita bimbing anak-anak kita menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin. "


13 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Tersentuh betul bile bace/dengar cite rampas merampas ni.Mintak dijauhkanlaa,Amin.....huhu.

    BalasPadam
  2. @ AkuAnakMuda, insyaallah boleh dijauhkan selagi kita sedar yg kita sudah berpunya. Selagi kita beringat, jika hari ini aku lukakan hati pasangan aku dgn cara yg kejam, balasannya tetap ada kerana Allah tahu setiap perkara yg terdetik dalam hati kita.

    BalasPadam
  3. Jangan rampas... tak baekkk...
    Kalu share tak pa !!!...

    ASCA

    BalasPadam
  4. Suka dengan ayat "What you did you get back"....

    BalasPadam
  5. hmm mintak dijauhkan bab rampas merampas ni...

    BalasPadam
  6. @ storyfromme,si perampas memang jahat tapi yg kena rampas kenapa merelakan diri di rampas? Sapa nak tolong jawap ni..

    BalasPadam
  7. @ Tanpa Nama, kalau share tak per? Ada sesiapa yang rela tanpa rasa dendam nak share tak? huhu..

    BalasPadam
  8. @ Dr Mohd Hafiz, ramai yg tahu ayat tu tapi ramai yg susah nak praktikkan..

    BalasPadam
  9. @ Cikgu Zubir, tq cikgu. Saya happy ni..

    BalasPadam
  10. @ Akid Azami, saya juga harap kaun lelaki akan lebih kuat benteng pertahanannya untuk menjaga diri dari terjebak dalam percintaan untuk kali kedua secara yg boleh bikin isteri marah. huhu..

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum wbt

    apa bila di tafsirkan cerai mati dn cerai hidup...ia tetap perceraian....cuma yg membezakan nya..ialah...cerai mati adalah cerai yg sememang nya ALLAH SWT menjanjikan bahawa jodoh seseorng wanita itu sebegitu yakni ajal suami nya telah pun di tentukan....dan

    Berbeza dgn perceraian hidup ini...kerana cerai hidup ini masih lagi kita sebagai hamba ALLAH memohon dn berdoa utk memanjangkan tempoh usia jodoh kita bersama suami....

    Di dalan konteks rampas hak orng ini..jika ada sifat mensyukuri nikmat ALLAH beri....tidak timbul perasaan tidak puashati atau perasaan negatif pada suami atau pun pihak ketiga tersebut.....

    Dan pesanan buat diri ku sendiri....Jangan lah kita kufur nikmat ALLAH beri....kerana sememangnya bukan mudah kehidupan seorng wanita bergelar balu mahupun janda....

    Maafkan saya jika komen saya ini tidak sependapat dgn saudari...

    semoga kita semua di dalam lindungan ALLAH SWT....

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama