" Mak tak tahu. Yang mak tahu, kau mesti berkahwin dengan Zack anak Ustaz Ashaari. " 

Lisa terasa seperti hendak luruh jantungnya apabila mendengar kata putus dari ibunda tercinta. Apa kurangnya Farid? Apa terlebihnya Zack?

" Zack adalah jodoh terbaik buat kamu. Anak seorang ustaz. Apa lagi yang kau mahu Lisa. " Ibunya seperti dapat membaca apa yang sedang bermain di fikirannya.

Pertemuan antara Lisa dan Zack pada minggu lalu masih segar diingatan Lisa. Sebaik sahaja Lisa dapat mengetahui perancangan ibubapanya, Lisa beranikan diri untuk berhadapan dengan Zack untuk mengetahui pendirian Zack dari mulut Zack sendiri.

" Aku paling pantang bila perempuan yang tidak mampu berdikari. Tidak boleh berdiri di atas kaki sendiri. Semuanya hendak bergantung harap pada lelaki. Kesana nak berteman, kesitu nak berteman. Bla..bla..bla"

Lisa malas mendengar bebelan seterusnya dari Zack yang perasan bagus tu. Dah ler tak romantis, banyak pula pantang larangnya. Naluri hatinya berkata, Zack bukan jodoh buatnya.

Lega di hati Lisa, kerana ibunda tercinta memahami dan terpaksa menerima keputusan tekad Lisa yang tidak bersetuju dengan pilihan ibunya. Perkahwinan bagi Lisa adalah untuk kebahagian bersama. Lebih-lebih lagi diri orang yang bakal menjadi pengantin. Bukan kerana terpaksa menjaga hati orang lain.

Berita terkini yang Lisa dapat tahu dari ibunya mengenai Zack, Zack telah bercerai dengan isterinya setelah 5 bulan mendirikan rumahtangga. 

Ada orang yang jodohnya ditentukan oleh ibubapa, berakhir dengan kebahagian. Ada orang yang jodohnya di tetapkan oleh ibubapa berakhir dengan kemusnahan. Dimana silapnya? Siapa yang hendak dipersalahkan?

Mohonlah pada Allah kerana hanya DIA yang mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambannya. Selain kita memperbaiki diri sendiri menjadi insan yang beriman kepada Allah. Berbincanglah dari hati ke hati dengan ibubapa andai anda telah temui jawapan kepada persoalan anda. Tidak ada ibubapa yang ingin melihat anaknya tidak bahagia. Tindakan kita biarlah kena dengan caranya. Umpama menarik rambut dalam tepung. Agar rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

Tidak perlu mengambil keputusan yang pelik-pelik seperti lari dari rumah dan sebagainya.


3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. kalau dah jodoh tuh,atas pilihan keluarga ke,pilihan sendiri ke,semua akan bahagia

    BalasPadam
  2. @ rozuan, kalau dah jodoh memang takkan kemana. Datanglah ribut ataupun taufan, andai Allah telah tetapkan dia jodoh kita, dia tetap milik kita jua akhirnya. Positifkan minda.

    BalasPadam
  3. yang penting, kena saling bertolak ansur...menerima kelemahan pasangan kita..sebab kita sendiri sebenarnya ada kelemahan kita sendiri..then, berdoalah kepada Allah S.W.T semoga rumahtangga & jodoh kita, berkekalan hingga ke akhir hayat...Amin..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama