My Instagram

TELUR TIRUAN DAH SAMPAI KE MALAYSIA?


Sampai kat pejabat hari ni, office mate dah sibuk crita tentang telur ayam tiruan nih. Dah masuk ke Malaysia. Dan negara asal yang amat sinonim sebagai pakar dalam mengeluarkan produk-produk tiruan nih, tak lain dan tak bukan.. kalau tak tulis pun, korang tahu apa jawapnya.


Pada pendapat saya secara peribadi, dalam isu ini kita tidak boleh berkompromi. Kesihatan kita bukan untuk di perjudikan. Tidak mengapa jika kita terpaksa berbelanja lebih sedikit untuk membeli telur ayam asli. Sebab yang akan menerima kesan dari pemakanan benda-benda yang penuh dengan bahan kimia ni adalah diri kita juga. 


Memang amat tidak berperikemanusiaan kepada mereka-mereka yang terlibat menipu pengguna dalam isu makanan semata-mata untuk meraih keuntungan. Wang boleh di cari tapi kesihatan? 


Okay, kalau korang nak tengok camna proses telur tiruan ini di hasilkan sila klik sini, terima kasih tu Anastasyea.com kerana post artikel a-z how to make telur tiruan. 


Agaknya selepas ini, apa lagi makanan tiruan yang akan mereka hasilkan ya?


1 ulasan:

  1. ngara china nie kan, smpai makanan pun nak buat tiruan gak kan, dh le membahayakan kesihatan org rmai. setakat barg2 leh terima lg.

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!