My Instagram

TAK BOSAN KER JADI 'WEEK END WIFE'

Sure anda biasa dengar istilah tersebut. 'Week end wife' mahupun 'week end husband'. Realiti kehidupan suami isteri yang terpaksa tinggal berjauhan dek kerana tuntutan kerjaya ataupun pendidikan. Ramai dari sahabat saya yang menjalani kehidupan seperti ini. Ada yang 'alah tegal perkara biasa'. Tuntutan kerjaya suami yang terpaksa bekerja di luar negara atas arahan syarikat di terima dengan hati yang redha. 

" Hem..tak bosan ker menjalani kehidupan sebegini. Sorang di New York, sorang lagi di Malaysia ? " sambil bertanya sambil Mia layan makan spaggeti tom yam yang dimasak oleh Lynda. Sodap gila. Dah tambah untuk mangkuk kali kedua.

" Memula nak terima realiti tu rasa susah juga, tapi bila dah kerap kena tinggal, dah biasa. Lagipun, sekarang nih, dah ada pebagai kemudahan yang dapat digunapakai untuk mendekatkan hubungan yang jauh beribu batu. MMS ada, facebook ada. Semuanya di hujung jari. " Lynda menjawap sambil layan tonton CSI di hujung minggu. Tiga episod berturut-turut!

" Tak takut suami berkahwin sorang lagi kat sana ker ? " Soalan takder insuran betul.  

" Ehm..kitaorang dah buat surat perjanjian semasa berkahwin dahulu. Sesiapa yang curang terhadap pasangannya, kena bayar sejumlah amount (RM) dan segala harta secara automatiknya menjadi milik yang kena curang. Kami dah matikan setem surat perjanjian tersebut. "

Selamba jer jawapan dari Lynda, takder riak cuak mahupun riak terkejut. Inilah hasilnya orang yang 'sediakan payung sebelum hujan'. 

Okay itu cerita fiksyen rekaan saya. Best tak? Kalau dijadikan cerpen, ada yang nak baca ker tak yer ? Okay, stop merapu! Sebenarnya, untuk memelihara dan menyuburkan hubungan jarak jauh ini ada beberapa langkah yang boleh diusahakan.

  • Saling mempercayai - ini adalah asas yang sangat penting dalam memelihara hubungan jarak jauh.
  • Isikan masa terluang, cari kesibukkan - jika anda bukan wanita bekerja, usah biarkan diri anda kesepian kerana ini boleh menyebabkan anda tertekan dan kesunyian. Cuba buat business online. Duit masuk!
  • Komunikasi berterusan - ini telah saya terangkan di dalam cerita fiksyen saya tadi. Sila scroll ke atas.
  • Sokongan pada pasangan - Dorong dan sokonglah demi masa hadapan keluarga anda.
  • Ingatlah, anak pengikat hubungan - Ehm..kena libatkan anak dalam berkomunikasi kerana anak adalah faktor pengikat suatu hubungan.
  • Cari kelapangan - carilah masa dan rancanglah untuk berjumpa pasangan
Jangan jadikan cinta jarak jauh sebagai sebagai pemusnah cinta tetapi anggaplah ia sebagai satu cabaran untuk kita lebih bersemangat menyuburkan kasih sayang dengan pasangan.


9 ulasan

yusri berkata...

saya pernah juga jd mcm ni..saya d sarawak,wife d kl..cuti sekolah baru jumpa...kelebihnnya...kasih syg lebih dhrgai bila berjauhn ni...bila jumpa tk mmbosankn

GreenAppleKu.com berkata...

@ yusri, erk..kalau jumpa selalu tu...membosankan ker yusri? Tak baik ler awak ni.hehe..dari gaya awak bercerita, biar asaya teka awak seorg guru yer? ;)

Fariq berkata...

tapikan.. kalo berhubung cara sms ke pebuk ke kdg2 tu kalo salah phm skit bley gado besar.. tgk je la kes2 kat luar sana tu.. tak tau nak komen pe lagi.. kawin pon tak lagi.. wakakaka

GreenAppleKu.com berkata...

@ Fariq, kalau cam tu MMS jer..hehe..kes ni lebih kurang sama juga dengan yang couple jarak jauh ni..

yusri berkata...

bukan selalu jumpa membosankn...tapi benda yang sekali sekala ni kan kita rasa lebih berharga...haha..tepat jawapan tu...

Skype Crew berkata...

LOL..igtkn btl2 td buat perjanjian c2..tp ade sungguh ke ek org bt perjanjian c2?

klu bab week end2 nie..biasanya kepercayaan tu memainkan peranan yg pntg selain kita kena pndi semaikan kasih syg pd suami/isteri.

AdyBudika berkata...

perkongsian yang swets,...suke!~

GreenAppleKu.com berkata...

@ Skype Crew, untuk realiti kehidupan, pada pendpt saya tak salah kalau nak buat perjanjian tu. Ini sekali gus dpt mengurangkan kes penceraian hatta kes kahwin tanpa restu. Mungkin dengan cara ini, pasangan tersebut akan lebih menghargai pasangannya. Ehm..manusia nih lebih bimbangkan undang2 di dunia jika berbanding undang2 di akhirat.

GreenAppleKu.com berkata...

@ AdyBudika, tq sebab drop komen..awak pun sweet juga..grrrr..