My Instagram

SOPAN DALAM PENAMPILAN


Setiap kali bukak pintu almari baju, blurr seketika memikirkan baju apa yang hendak di gayakan untuk hari ini. Sebagai wanita bertudung, penampilan SOPAN selalu bermain di fikiran saya ketika membuat pilihan untuk mengayakan pakaian. Perlu dielakkan pakaian yang seksi, sendat, ketat, jarang, berbelah dan berbagai lagi. Jika mengenakan shirt yang agak pendek perlu di labuhkan dengan padanan X10Der. 

Bercakap tentang shirt ni, pernah satu hari, tindakan saya ditegur oleh seorang rakan,  

" Kenapa beli shirt sebab awakkan bertudung? "

" Nak pakai semasa jogging nanti. Takkan nak pakai baju kurung kot. " Loyar buruknyer jawapan. Terasa nakalnya saya. Hehe..    

" Tapi shirt tu kan tak labuh paras lutut. "

" Yang labuh paras lutut tu ada, tapi mahal ler. Tak per, nanti aku akan padankan dengan X10Der yang ada. "

" Ooooo...okay. "

Nasihat saya, jadilah pengguna yang bijak. Konsep suai padan adalah salah satu caranya. Lainlah kalau anda buget yang besar setiap kali berbelanja untuk membeli pakaian.

To all gadis dan wanita yang bertudung, selitkan di fikiran, prinsip SOPAN perlu dijadikan kayu ukur yang wajib agar penampilan terserlah dengan indah menyentuh mata dan hati setiap manusia yang melihatnya.

Top 021

Gaya stylish ? Jom terjah www.najjah.com. Business on line milik Farrah Adeeba dan rakan kongsinya Awin. Hari cuti hujung minggu ni, sambil lepak-lepak di rumah, sambil shooping on line. Memang betu-betul menjimatkan petrol, tak perlu bayar duit parking dan tidak perlu bersesak-sesak beratur di kaunter bayaran. Heaven.

Buat kaum adam, korang pun boleh layan entri saya ni sebab manalah tahu boleh juga korang tarbiahkan makwe korang, agar berpakaian sopan mulai hari ini. Belilah satu dress seperti di atas sebagai mukadimah sebelum korang mulakan sesi tarbiah. Sejuk hati makwe korang dpt hadiah baju.

" Guwe mana ada makwe.."

Takper, beli jer, nanti post kepada saya yer..ahakss!! See you all later.


12 ulasan:

  1. cantiknya baju camnie...dh lama cari. Thanks ya GA

    BalasPadam
  2. baju2 muslimah ni mahal2...tak de ke tempat yg jual baju labuh2 plus cantik tapi dgn harga murah....

    huhuhu....

    BalasPadam
  3. terjah shop online farrah..prob sy b'bdn XL mmg memeningkn kpala lgpun sy mmg tak pandai nak b'fesyen..

    BalasPadam
  4. post kat saya pon boleh. hahah!

    rasanya betul macam yg saya nampak, byk org dah mula kembali nak bersopan2. yang mana tak sopan tu biarlah diorg, later2 akan berubah jugak dgn izin Allah.

    semoga niat murni akan dimudahkan Allah. amin~

    BalasPadam
  5. yup.. berpakaian sopan tu amat perlu.. ape guna kalau bertudung tapi baju semua sendat kan.. kehkeh..

    latest -
    Sebab Perempuan Berpakaian Ketat

    BalasPadam
  6. @ Cik Kamoo, wa tak sangka lak, kita mempunyai citarasa berfesyen yg sama..

    BalasPadam
  7. @ nikaviolet, adalah Ika (blh saya panggil awak ika.) First Lady salah satunya. Dah byk dress terkini di sana. Saiz besar tak der masalah, saiz S yg selalu problem..cian kat kami yg saiz S ni...

    BalasPadam
  8. @ leyzajamil, saya pun tak pandai berfesyen. Still belajar tapi yg penting, pakaian kita tu sopan dan selesa kita mengayakannya.

    BalasPadam
  9. @ gadisbunga, kalau ada yg sudi memberi kita terima jer, rezeki jgn di tolak kan..hehe..tapi jgnlah sampai tergadai body dek kerana dah termkn budi. tamo,tamo..

    BalasPadam
  10. @ Fariq, erk..sesekali bila Fariq komen..hehe..kalau baju ketat kenalah pakai cardigen labuh ke paras lutut to cover kat mana yg ketat. Blh tak cam tu Fariq..

    BalasPadam
  11. TK suka entry ni..
    bkesan d hati..
    benar, kperibadian mmpu d lihat dr cr kita bpakaian..
    sopan dan adap gandingn yg tidak boleh d pisahkn..

    BalasPadam
  12. "A woman's beauty is not in her features, the shade of her skin, or her possessions. True beauty is in her heart, in her Imaan, her Taqwa, and love for her Deen."

    :)

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!