My Instagram

MENDEDAHKAN AIB MANUSIA BAGAIKAN TEMAN TERBAIK KITA


Seringkali umpatan dijadikan modal utama perbualan segenap golongan dari suri rumah hinggalah kepada golongan korporat. Mendedahkan aib orang lain sudah dianggap satu trend pada hari ini ditambah lagi dengan kewujudan program-program hiburan bak cendawan tumbuh memenuhi ruang-ruang media massa. Sememangnya adalah suatu perkara yang memalukan atau perlakuan buruk seseorang individu.

Walau bagaimanapun, perlakuan ini tidak boleh didedahkan dengan tujuan memalukan individu terbabit. Mendedahkan aib seseorang menjadi salah satu perbuatan mazmumah yang menyalahi norma-norma Islam dan masyarakat Melayu khususnya.

Sebagai seorang Muslim, seharusnya kita lebih mengetahui hal ini kerana Allah SWT telah memberi peringatan secara jelas melalui firman-Nya yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kalian banyak dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Apakah antara kamu ada yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang. (Al-Hujurat : 12)

Realiti

Hakikatnya, majoriti masyarakat Muslim hari ini seakan-akan sudah terpukau dek keindahan dan keseronokan duniawi yang semakin lama memacu mereka kepada kehancuran. Hal-hal 'dalam kain' orang lebih menarik dan hangat diperkatakan berbanding alunan zikir dan fikir. Isu-isu yang membuka pekung mengenai keburukan orang lain atau lebih popular digelar gosip menjadi kegilaan seluruh lapisan masyarakat sehingga ia dianggap perkara biasa.

Kisah-kisah artis dan golongan ternama, penyebaran gambar lucah, video aksi yang kurang menyenangkan kerap menjadi ramuan utama pihak media dalam usaha melariskan produk masing-masing. Masyarakat pula yang disogok dengan berita sebegini setiap hari telah membentuk mentaliti yang terpesong daripada nilai terapan Islam sebenar. Sembang-sembang kedai kopi, bicara ahli masjid dan ahli mesyuarat tingkap telah bertukar topik. Tiada lagi butiran ilmu, bahkan kisah orang-orang sekeliling pula yang dijaja. Tidak perlu nasihat dan teguran untuk si pelaku melainkan umpat keji semata-mata kerana kata mereka, zaman sekarang mana boleh jaga tepi kain orang.

Credit to : I luv islam.


3 ulasan:

  1. masalah paling utama..pandai aibkan diri sendiri..tp bila kita tegur, dia balas balik. ckp kita aibkan dia. adoiiyai..mmg manusia, pantang ditegur..

    BalasPadam
  2. Yelah Jejaka Terhangat, kalau tak ditegur semakin jauh tersalah langkah, bila di tegur ada pula alasannya. Kerja memotivasi ni, bukan satu kerja yang mudah kan. Kuatkan semangat kay.

    BalasPadam
  3. bnyk org ske aibkan org lain di Facebook...

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!