MARI BERTEKAK : JIRAN SAYA COOL, JIRAN ANDA COOL TAK?

Untuk pengetahuan anda semua, walaupun Penang telah diistiharkan sebagai bandaraya tetapi realitinya saya tinggal di kawasan perkampungan dan bekerja di bandaraya. Zaman sekarang ni tak makan masa yang lama untuk anda menukarkan diri anda dari orang kampung menjadi orang bandar. Tak caya ker? Cayalah sebab saya adalah salah satu contoh terdekat yang anda boleh buat sample. Subuh hening saya jadi orang kampung, jam 9 - 5 petang orang bandar dan after 6 tukar jadi orang kampung semula. Haha..

" Tak takut ker tinggal kat kampung? Sebab orang kata banyak hantu."

Ehm, kat mana-mana kampung pun memang banyak hantu. Setiap kampung ada lagenda cerita hantunya tersendiri. Begitulah juga dengan kampung saya. Ada satu kisah benar yang terjadi betul-betul selang tiga kereta dari kereta saya. Jam telah menunjukkan ke angka 12tgh mlm. Masa tu kelihatan bro wira baru balik kerja sebab shif malam. 

Memang sunyi sepi suasana kampung saya selepas jam 12tgh mlm. Sunyinya sampai kalau anda berjalan pakai kasut tumit tinggi pun akan jelas kedengaran satu kampung? So, sebaik sahaja selepas bro wira park keretanya, dia terus menekan minyak kereta. Vrrroooommmmm..vroooommmm..

Keadaan itu berterusan hingga 10 minit. Tiba-tiba entah dari mana, dummmm satu hentakkan kuat jelas kedengaran dari atas bumbung keretanya. 

" Ya allah...benda apa pula yang singgah atas bumbung kereta aku nih...argghhh.."

Sebaik sahaja mematikan enjin keretanya, tanpa menoleh belakang atau pandang ke atas bumbung kereta, bro wira pecut sekuatnya untuk masuk ke dalam rumah.

Esok pagi semasa saya keluar dari rumah, menuju ke kereta saya, saya terlihat bro wira bersama-sama tiga orang rakannya yang lain belek-belek kereta sambil bercerita sesuatu. Rupanya semalam, bro wira kena ganggu dengan hantu. Sejak dari peristiwa itu, bro wira tidak berani vrrrooommm kan keretanya kerana risau di ganggu untuk kali kedua.

Moral of the story, yang kau gi memekak tengah-tengah malam buat baget litar lumba F1 dalam kampung sapa suruh. Tahulah kau baru balik kerja tapi fikir sama orang yang tengah tidur sebab esok jam 5 pagi dah nak bangun. Betul-betul takder sivik punya jiran. Ambik kau, balingan botol air ke atas bumbung kereta kau. Tahu pun kau takut. Hehe..

Mana ada hantu, saya yang baling botol air sebagai satu amaran. Kereta bro tu okay, tak calar atau kemek pun. Tengoklah siapa yang baling, bekas pemain soft ball peringkat sekolah tu. Haha..

See you all later. 


9 ulasan:

  1. hahahaha.. lucu nya.. padan muka bro wira tu.. (",)

    BalasPadam
  2. @ Gen2Merah, cikgu tak tidur lagi ker, semak buku murid2 ker cikgu. haha..sejak dari peristiwa itu, suasana kampung saya dah kembali tenang..hehe..

    BalasPadam
  3. saya pulak selalu hangin sebab anak bujang orang sebelah suka 'betulkan' moto jam 8 pagi hari ahad!

    dia tak tau ke ari ahad orang nak rehat2 dia boleh buat preng2 segala depan rumah orang... rasa nak lempang je

    BalasPadam
  4. @ Khuzrin, awak tak seram ker..hehe

    BalasPadam
  5. @ mrs azmi, tulah jika berjiran dengan jiran yg tak der kesedaran sivik..

    BalasPadam
  6. woah..ganaz gak dia. baling botol kat brader street racer..karang kantoi, berjaga2 la bila keluar rumah. erkk..

    BalasPadam
  7. @ Jejaka Terhangat, tq for your komen..hehe..

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!