My Instagram

LELAKI, ANDA TIDAK MACHO JIKA...

Peace to all men out there, hehe.. ini mukadimah untuk mengelakkan dari menerima komen yang penuh rasa marah. Bila agaknya fast n the furios 5 akan ditayangkan yer. Tak sabar rasanya nak gi tonton dan tatap wajah Vince Diesel sebab dia macho dan badan dia ketak-ketak. Haha..

Tidak kisah ler bagaimana penafsiran anda, apa itu macho tetapi semua itu tiada maknanya jika.

1) Isteri bekerja, suami pun bekerja. Pulang dari rumah, uniform pun belum sempat cik isteri tukar, telah memulakan kerja memasak. Sambil tunggu masakan ready, dicampaknya baju ke dalam mesin basuh and just let the mesin do it's job. Tetiba datang pula anak bertanya, gajah nak letak warna apa ? Suami? lepak tonton berita sambil go true suratkhabar. 

" Sayang, ambilkan abang fresh orange segelas, haus ler " 

Erk..hilang macho wooo..

2) Terpaksa pinjam duit awek sebab nak beli jersi terkini. Kena beli cepat sebelum kawan-kawan yang lain pakai. Sanggup temankan awek ke atm mesin. Muka poyo jer bila awek hulurkan duit depan orang ramai.

" Bila biasiswa i masuk, i bayar balik yer."

Erk..dah tak macho dah...

3) Tidak tahu bawa kereta. Setiap kali nak keluar, cik awek yang kena ambil kat rumah, balik pun cik awek yang kena hantar depan pintu. 

" Tq baby, nak buat camna, i kalau bawa kereta tak pandai buget nak perlahan, Lebih baik baby jer yang drive."

Konfem hancur si macho nih..macho ker?

Sedikit luahan perasaan buat lelaki, tak akan jatuh martabatmu sebagai seorang lelaki jika anda ringan tangan menolong isteri di rumah, tidak meminjam duit awek semata-mata dek kerana ego dan carilah alasan lain kalau tidak tahu bawa kereta. Pergi belajar memandu yer..

Terima kasih kerana sudi membaca dan singgah di blog picisan ini.



14 ulasan

zalin berkata...

nasib baik sy tergolong dlm lelaki yang still macho..hahaha..

NurAmal berkata...

yela...:)
lagi satu..kalau si laki tu suruh si prmpuan tu yg call dia or t.upkan hp.. ekleh.. then bile tanye ada ape? "hehe, saje je..." . =_="

Farah Shamsudin berkata...

yeaaa.. setuju tu.. kalau isteri pulang ke rumah. memang tak sempat pun nak rehat.. terus buat kerja rumah.. kalau bolehlah.. kaum2 suami silalah bantu.. kasihanilah isteri yang kena buat segala kerja sesorang tu..

GreenAppleKu.com berkata...

@ zalin, memang nasib baik awak macho..haha.

GreenAppleKu.com berkata...

@ NurAmal, nak jimat tapi awek yg jadi mangsa..belum pape dah ambil kesempatan..grrrr..

GreenAppleKu.com berkata...

@ Farah, tidak kah ada rasa kasihan melihat si isteri berkungfu di dapur? Kalau si suami rasa letih, apatah lagi dgn kederat seorang isteri..

Budak Kampung berkata...

wah,tips neh..jap2 nak cata..hehe

qucachahir berkata...

best..
cik greenapple..
saya nak share buleh tak???..
share kt blog n link ke entry nie..

GreenAppleKu.com berkata...

@ Quca, permohonan anda di luluskan..hehe..

GreenAppleKu.com berkata...

@ budak kampung, still menanti kata-kata dari anda..grrr

qucachahir berkata...

ouh..thankz sangat.. ;)
go to create entry..

Dr Mohd Hafiz bin Dato' Osman berkata...

Setuju sangat.. Memang tak macho kalau lelaki buat mcm tu..

qucachahir berkata...

http://quraishahir.blogspot.com/2011/04/lelaki-anda-tidak-macho-jika-by.html

thankz sis bagi share.. =)

yusri berkata...

nasib baik saya pandai masak sikit2..hahaha