HADIS : UNTUNGNYA ORANG BERIMAN


Sakitnya jiwa apabila diri menghadapi kegagalan. Adakah ada insan yang menerima kegagalan tanpa rasa kecewa ? Ya, ada..mereka ialah orang-orang yang beriman. Segala yang berlaku diterima dengan hati yang redha.

Perasaan sedih tetap ada namun tidak perlu ditangisi malah berusaha lagi memperbaiki kelemahan diri dan kesilapan semalam. Hasilnya mereka Berjaya menukar kegagalan itu kepada kejayaan.

" Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. 

Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya, maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka bersabar, lalu jadilah pula musibah itu sebagai kebaikan baginya"- Hadis Riwayat Muslim


1 ulasan:

  1. jangan pernah mengalah..sesungguhnya Allah bersama orang2 yang beriman. Ya Allah, Ya Tuhan kami..berilah kekuatan kepada kami dalam menegakkan agama-MU Ya Allah..

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!