FOBIA CERITA HANTU


Pada sekitar tahun 80' an dahulu, rancangan di tv tidak sehebat sekarang. That time kalau tv ada menayangkan cerita atau filem, itu merupakan bonus untuk seisi keluarga. Malam jumaat jer, sejak dari awal pagi lagi, dah pergi ke kedai beli suratkhabar semata-mata nak tahu, cerita apa pada malam itu.

" Waa...best ler cerita malam ni. Karang jangan lupa beli kacang, buat makan sambil tonton tv " pesan abang long pada achik.

" Cerita kombet ker along.."

" Haaa..kombet hantu langsiur..hehe.." usik along sebab tahu adik dia yang satu nih, memang fobia dengan cerita hantu.

Bermula sejak tahu malam nanti ada tayangan cerita hantu, achik umpama tidur tak lena, mandi tak basah. Termenung sana, termenung sini. Didalam kepala dia, asyik memikirkan bagaimana lah hendak ditempuh dan di hadapi waktu malam nanti. Main bola pun sudah seperti kaki bangku. Begitulah tahap fobia yang sedang melanda jiwa achik.

Hendak atau tidak, malam tetap menjelma jua. Mana boleh hold kitaran alam ini. Semua isi keluarga sudah mengambil tempat masing-masing beberapa minit sebelum tayangan bermula.

Achik? Haha..siap buat kubu kusyen. Setakat dengar suara jer, tak takut sangat. Lainlah kalau melihat. Tapi sesetengah manusia ni, sifat hasad dengki dan tidak boleh lihat orang lain selesa dan happy dengan apa yang orang tu buat tetap ada. 

" Wargghhh.. hantu. Makan budak ni. Makan budak ni.." along mengusik siap pakai topeng hantu.

Si achik yang terkejut di tambah dengan melatah, terus membaling mangkuk kacang tepat ke dahi along. 

" Adoiiiii..sakit wo, nasib baik mangkuk plastik kalau tak, ada yang berbalut juga ni.."


Nota : Hidup perlu berani menghadapi apa jua cabaran dan ujian yang datang. Kalau takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Tapi sejak dunia dilanda tunami, saya pun tak nak beli rumah di tepi pantai atau bermain-main di tepi pantai. 


8 ulasan:

  1. kita serupa..

    sebenarnya sampai skrg pun TK x brapa tngok citer seram, sbb mlm2 xleh tido la, teringattttt, terbayangggg je..

    BalasPadam
  2. jangan kata nak tengok drama hantu aje boleh naik seram..nak tulis skrip citer hantu pun sama jugak.. selalu ada saja yang dtg "melawat".. dah 2 kali Mak Dara terkena huhuhuhu

    BalasPadam
  3. erk??!! toyol ngan hantu tu bukan adik beradik ker? Camna blh takut lak ni?hehe..

    BalasPadam
  4. @ Adza Irdawati aka Mak Dara, tq so muchhhhh sebab sudi drop komen kat blog picisan yang suke epal hijau ni...yer ker Adza, nanti buatlah satu entri crita tentang 'yg dtg melawat' tu. tak sabar nak tahu ni sebab pernah gak nak tulis artikel seram ni tapi last minute cancel. Nak tulis siang hari, tak rasa seram ler pula.

    Eh, tak sangka, kita Aquarius ler...

    BalasPadam
  5. kadang2 tu 4 fav. channel tu semua citer hantu! Tp mmg seram ar hantu Indon, haihhh...terbayang2 jek

    BalasPadam
  6. Malaysia dah makin banyak cerita seram sekarang.. hahaha..

    BalasPadam
  7. sy pun xske cter hantu.. lagi2 kalu yg ade part terkejut2.. huu.. benci gler.. skrg byk plak cter hantu kat m'sia ni..

    BalasPadam
  8. haaa..kan tak pasal2 makan mangkuk

    haha..

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!