My Instagram

CINTA ITU BUTA, BENARKAH?


" Masyaallah, comelnya pengantin perempuan tu. Kalah Heliza Helmi. Tak padan bebenar dengan pengantin lelaki. Muka cam pecah rumah." 

" Amboi, lazernya mulut kamu. Itulah yang dinamakan cinta. Jika ada rasa cinta di hati, yang tidak elok dimata orang, jadi elok di mata pasangan yang bercinta."

" Kalau macam tu, cinta itu buta. Takkan ler tak nampak apa yang elok dan apa yang tidak elok. "

" Kamu ni, kecoh betullah. Haa asyik komen hal jodoh orang, kamu tu bila lagi. Tak pun sebab memilih sangat nih. Hati-hati, jangan tersalah pilih sudahlah. Karang kalau kamu terpilih muka pecah rumah, konfem aku buat satu artikel tentang Mr. Right kamu tu..haha.."


Mutiara kata,

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.


3 ulasan

Mrs. Amad berkata...

ensem ke tak bukan soal..
kdg2 muke cam pecah umah tp ati baik..
kdg2 muke ensem tp pangai mmg pecah umah..
yg penting ati,kalo ati baik, muke tak ensem pun nmpak manis..=)

GreenAppleKu.com berkata...

@ Mrs. Amad, haha.. semuanya penuh konspirasi.

storyfromme berkata...

jodoh tu tentuan Allah.tak baik tau pertikaikan.