BILA SUDAH RIAK - Eiza GreenAppleKu

BILA SUDAH RIAK


Terpanggil untuk menulis entri ini selepas terbaca komen dari seorang rakan di facebooknya. Luahan hatinya menarik hati saya untuk drop komen sekaligus mencetuskan ilham untuk post artikel.

Perlukah kita bercerita, laki aku pakai kereta BMW, jam tangan pula kena beli yang harga beribu, lagi mahal lagi bagus, tidak biasa pakai yang harga setakat ratus-ratus tu sebab takut kena alahan pada kulit. Minyak wangi pula mesti dari luar negara, kalau setakat yang ada dalam Malaysia ni, baunya tidak tahan lama.

Diri sendiri pula, number plat kereta di tempah sama dengan number plat suami sebab tradisi keluarga. Tudung kena pakai yang beli dari Dubai sahaja. Baju pula hanya si pereka fesyen tu yang tahu apa citarasanya.

Mungkin niat di hati, tulus ikhlas bercerita tapi cara penyampaian tidak kena. Sakit telinga yang mendengar serta mata yang memerhati. Dari cara bercerita telah timbul unsur-unsur riak. Dari rasa kagum akan mula terbit meluat dan menyampah jika hari-hari itu sahaja ceritanya. Pada yang tidak setaraf dengannya, pandang sebelah mata jer. Hek eleh, setakat bawa kereta wira, apa kelas.

To me, walau kita punya harta yang banyak, dan banyaknya harta itu sehingga cukup stok untuk tujuh keturunan sekali pun, lebih baik kita bersikap low profile. Bukan apa, manalah tahu, esok lusa Allah nak tarik balik semua tu, apa pula yang hendak diceritakan pada rakan sepejabat. Tak rasa malu ker nanti?


Nota : Kalau harta dah selaut, lebih baik peruntukkan untuk buat sesuatu ke jalan kebaikkan. Up grade rumah anak yatim ker, up grade sekolah pondok ker, tak pun jadikan harta tersebut sebagai biasiswa kepada murid-murid yang memerlukan. Insyaallah, boleh juga buat bekalan disana kelak.


11 ulasan

yusri berkata...

itulah kita kena selalu muhasabah diri kita ni..kalau kalau perkataan dan perbuatan kita tu akan menyebabkan org benci atau meluat atau sakit hati..manusia tak lepas buat silap...tapi bila kita buat kesilapan yang sama berulangkali mungkin itu tandanya hati kita tak mendapat nur dari yang Esa...

Cik Kamoo berkata...

kekayaan yg kita ada ... x perlu sampai menunjukkan...semua tu sementara. bila2 boleh diambil Tuhan

Jejaka Terhangat berkata...

susah gak ni..kdg2 kalau rasa taknak kalah, mesti kita akan cerita gak yg lebih hebat drpd kawan kita tu. contohnya kita ckp "aku dulu pg langkawi best". pastu kwn plak rasa tercabar, dibalasnnya camni "ko pg pulau dayang bunting tak? dulu aku pg langkawi, singgah sana skali. lagi best giler woah" (cite dgn riaknya)..

pernah alami camtu tak?

cik bunga berkata...

betul tu GA. kut ye pun nak bercerita, agak2 la yek? hehe

GreenAppleKu.com berkata...

@ yusri,ni lah orang kata, kalau nak cakap tu pandang-pandang. Agaknya lah yer.

GreenAppleKu.com berkata...

@ cik kamoo, dari DIA kita dtg dan kpdNYA juga tempat kita dikembalikan.

GreenAppleKu.com berkata...

@ Jejaka Terhangat, memang hangat ler JT ni, tu maknanya bergurau senda agaknya, riak ni perilakunya lagi ganas woooo...

storyfromme berkata...

tak baik riak.nanti Allah tarik balik rezeki.

~mrs azmi~ berkata...

malu weh nak letak status kat fb yang cikai2

lagipun kalau beli barang mahal2 kenala bagitau satu dunia kan? kalau takorang tak tau... wat rugi je beli mahal2 tapi orang ingat cap ayam yang beli kat petaling street

realiti dunia fB.. huhu

miyako berkata...

entry GA byk yg buat saya pikir dan muhasabah diri. Terima kasih... ikhlas

GreenAppleKu.com berkata...

@miyako, selagi hidup kita perlu selalu muhasabah diri agar hidup ini ada maknanya..

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.