My Instagram

AWAS, JANGAN SAMPAI TERLIUR ATAU TERBUKA SELERA INGIN MENIKMATI HARTA BATIL!!


Info ini saya perolehi dari hasil pembacaan majalah solusi. Wajar dikongsi bersama, moga ada manfaat untuk semua. Tajuk artikel nampak seperti artikel kategori SX jer. hehe..

Okay, perbuatan memakan, menerima atau mengambil harta secara batil termasuklah:

1. Menjual sesuatu yang memudaratkan masyarakat seperti ubat atau makanan yang tamat tempoh, tetapi ditutup atau disembunyikan.


2. Upah menjampi yang bercanggah dengan Islam.


3. Mengadakan program, kursus atau motivasi dengan ilmu-ilmu karut dan meragukan seperti sandaran meramal masa hadapan melalui tarikh lahir, rupa paras dan yang seumpamanya.


4. Menyalahgunakan pekerja sehingga mereka disuruh melakukan tugasan yang tidak dibayar setimpal, atau dizalimi dengan menafikan sebarang kenaikan upah atau gaji walaupun mempunyai merit yang tinggi dan baik.


5. Mengambil upah hiburan (entertainment cost) drpd syarikat sebagai prasyarat untuk memastikan peluang mendapat kontrak atau tender.


6. Sengaja berhutang dengan niat untuk tidak membayar semula dan sentiasa memberi alasan untuk melepaskan diri drpd pembayaran semula hutangnya, meskipun dalam keadaan mampu. 


7. Menerima wang zakat tetapi tidak termasuk dalam kategori asnaf zakat.


8. Mengambil dan menikmati harta wakaf secara peribadi atau menjadikannya hak miliknya secara tetap.


9. Memakan, menyalahgunakan atau mengambil faedah pada harta anak-anak yatim terutama yang masih kecil.


10. Hadiah-hadiah yang diberikan oleh pelanggan atas alasan kononnya berterima kasih atas kecekapan dan bantuan kita selaku pekerja yang menyiapkan kerja tepat pada waktunya atau segera. Ia dinamakan wang ghulul atau kianat oleh Nabi s.a.w.


11. Mencipta atau berkarya filem, novel, penulisan, skrip, artikel, kartun, animasi, drama, cerpen dan seumpamanya yang bertemkan nafsu dan hiburan, meraikan nafsu, bagi meraih keuntungan drpd industri nafsu dan hiburan.


12. Mengeksploit atau mengambil faedah atau kesempatan atas musibah yang menimpa orang lain.




GreenAppleKu : Terkedu dan berfikir kerana hampir kesemua senarai di atas telah terjadi dalam kehidupan seharian umat zaman ini. Kepada yang terlajak perbuatan dan tingkah laku, u turn kembali kejalan Allah moga anda selamat sampai ke destinasi terakhir. 


5 ulasan:

  1. zaman sekarang ni bukan bleh kira sangat..asal barang jadi duit.

    BalasPadam
  2. @ Kaki lebar, yer asal boleh buat duit, rembat jer, halal haram letak tepi.

    BalasPadam
  3. 11. Mencipta atau berkarya filem, novel, penulisan, skrip, artikel, kartun, animasi, drama, cerpen dan seumpamanya yang bertemkan nafsu dan hiburan, meraikan nafsu, bagi meraih keuntungan drpd industri nafsu dan hiburan.

    terkedu bace yang ni.. ramai gak blogger sekarang buat kn..

    BalasPadam
  4. mohon dijauhi harta2 haram tersebut..
    nauzubillah..

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!