My Instagram

APABILA ANDA TETIBA DI ' JEJAK KASIH' OLEH RAKAN LAMA



Berhati-hati kerana tidak semua rakan lama yang teruja hendak berjumpa semula (lebih kurang reunion lah ni) betul-betul happy nak jumpa anda. Sebabnya ada juga yang bersusah payah menjelajah satu facebook, add beberapa senarai semata-mata hendak mencari downline! Erk!!

Memang betul-betul potong kegembiraan bila bertemu semula rakan yang jenis seperti ini. Hendak ditolak, rasa serba salah. Yelahlah telah bertahun terputus hubungan. Apa salahnya tolong rakan sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak tolong kawan.

Terpulang. Kalau anda rasa anda benar-benar perlukan produk tersebut, apa salahnya. Tetapi kalau anda berasa tidak perlu, berani berkata tidak dengan cara yang baik. Moga ikatan tali persahabatan ini tetap kukuh hingga ke akhirnya.

Kepada yang stress mencari downline, cukuplah sekadar anda memaklumkan kepada semua rakan, apa yang sedang anda niagakan. Jika mereka berminat, tahulah mereka bagaimana hendak mencari anda. Tidak perlu telefon seminggu sekali, sebulan empat kali semata-mata hendak mempelawa rakan anda turut sama mendengar sesi pengenalan produk.

Bukan apa, risau jika sikap anda ini berterusan, akhirnya anda akan kehilangan rakan. Sebab apa, 

" Alamak, Lisa call aku ni. Ni konfem nak ajak aku dengar program usahawan ni.  Baik tak payah jawap, nanti payah pula aku nak melarikan diri."


8 ulasan

Tanpa Nama berkata...

Hahahah... lagu penah dengaq cadangan ol skool reunion nie... tp dimana yaa ?

Hahahah... i like jugak idea traced back ol skool buddies for biz purpose@downline... otak bizness...

ASCA...

yusri berkata...

tu masaalahnya..serba salah

akid berkata...

hak hak.. Kalau kena jenis kaki nipu lagi geram. Konon nak belanje makanla, ajak jalan-jalan la rupanya nak ajak dengar ceramah MLM. Zzzzzz

Zul berkata...

dah pernah kena, ajak bagai nak rak, ingat nak belanja minum, sekali dia bawa pergi dengar ceramah MLM, mana x angin satu badan, kalo mcm tu,hwheheh

GreenAppleKu.com berkata...

@ tanpa nama,nape tak letak nama nih, kan saya dah tak blh terjah blog awak. Sedihnya hati saya awak buat cam ni.

Memang satu strategik yg best utk bisnes. War-war kan pd semua rakan tapi jgn paksa mereka. hehe..

GreenAppleKu.com berkata...

@ yusri, kita rasa serba salah tapi kenapa mereka tidak rasa serba salah yer..hermmmm

GreenAppleKu.com berkata...

@ akid, memang geram kalau terkena camtu, rasa nak tunjal2 jer dahi tu..hehe..

GreenAppleKu.com berkata...

@ zul, seb baik awak angin jer kan, kalau awak amuk kan..kan apa yer..hehe..tq for komen yer..