ALAHAI SUAMI (YANG BELUM JADI SUAMI PUN PATUT BACA JUGA..)


Nukilan ini dari Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Memang gelak sambil geleng kepala ketika saya membacanya. Dengan ber'imaginasi' di fikiran, pesanan saya, dear lelaki out there, kasihanilah isteri anda. Jadilah lelaki yang macho.

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.


5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?



Cukup setakat sepuluh dahulu. Will be continue. See you all later.


7 ulasan:

  1. terbaek...!!!

    Ujang9897, jangan lupa ingat pesan ini untuk jadi suami mithali

    BalasPadam
  2. kak..sambung cepat-cepat..tak saba nak bace nie..hehe.. ;)

    BalasPadam
  3. @ Quca, insyaallah, entri tu tunggu giliran nak post jer. Di jadualkan jam 8 mlm nanti. Insyaallah kalau Malaysia tak black out mlm ni, terbitlah artikel tu.

    BalasPadam
  4. jangan kentut depan isteri?? Keh keh.. rasanya macam tak setuju je :D

    BalasPadam
  5. tak kahwin lagi pon dah kentut depan2. macam mana? haha

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!