My Instagram

ADAKAH ANDA BENAR-BENAR TELAH MEMELIHARA KEHORMATAN DIRI ?



Berapa ramai dari kita yang benar-benar dan sanggup menjaga dan mempertahankan ke hormatan diri demi pasangan masing-masing? Menjaga kehormatan diri pada tahap pemikiran saya, bukannya tertumpu kepada satu gender sahaja iaitu perempuan. Lelaki juga perlu menjaga kehormatan diri!

Menjaga perilaku adalah salah satu perkara yang termasuk didalam senarai  kehormatan. Dari perilaku yang baik anda akan dihormati, di 'respek' dan ramai yang akan berkata, "Cayalah lu bro, tak lut godaan !"


Dari itu, marilah sama-sama kita muhasabah diri dan memperbaiki kelemahan diri masing-masing agar kehormatan diri dapat kita pertahankan. Kalau anda sudah punya kekasih hati, cubalah untuk setia padanya selagi dia berperangai baik terhadap kita. Kalau sudah bertunang, cubalah mempersiapkan diri untuk menjadi suami dan isteri yang di redhai. Dan jika anda seorang isteri mahupun seorang suami, jadilah pasangan yang cintanya hingga ke syurga.


Tidak molek sangat, jika telah berstatus suami atau isteri tetapi masih hendak berlakon bujang dan nak dara. Anda mungkin anggap diri hero dan diva tapi orang yang memerhati akan berkata, itulah jadinya jika tidak tahu menjaga kehormatan diri.


Salam ceria buat semua dan this song special to all of you.



7 ulasan

Mr. Kamikaze berkata...

woah.. nice nie.. hehe..

hitammanis berkata...

salam,
terima kasih kerana berkongsi lagu yg sedap di dengar. tidak semua lagu mengkhayalkan, lagu wali banyak pengajaran........suka.

dijemput melawat ke
http://lizahhamidin.blogspot.com/

dwaty berkata...

thanx for sharing... suka laku baik2 sayang...

qucachahir berkata...

baik-baik sayang lagu feveret..hehe..

lock the man !?? berkata...

baik2 sayang..

Solihin Zubir berkata...

lelaki dan pompuan tua yg bajet muda mmg meloyaakan...

Cik Cempaka berkata...

cayalahhh...