My Instagram

URUS PENDAFTARAN BARU ELEKTRIK DAN AIR

Syukur ke hadratNya kerana memudahkan urusan setiap hambanya pada setiap hari.

Pernah ada pengalaman berurusan di Tenaga Nasional Berhad a k a TNB mahupun Perbadanan Bekalan Air a k a PBA?

Selain dari bayar bil, di sini ingin saya kongsikan tips bagaimana hendak berurusan untuk menghantar permohonan bagi mendapatkan bekalan elektrik dan air untuk rumah yang baru dibeli. Untuk kedua-dua permohonan tersebut, perlu di sertakan
  • Salinan kad pengenalan tuan punya premis.
  • Salinan dokumen Perjanjian Jual Beli Rumah (S&P) (sila photostate kesemua helaian yer)
  • Setem hasil RM 10.00 untuk setiap satu urusan. (TNB dan PBA)
  • Wang cagaran.
Setelah lengkap kesemua dokumen, pastikan anda membuat urusan pendaftaran pada awal pagi bagi mengelakkan kes terpaksa menunggu lama.

Sebaik sahaja tiba giliran anda untuk berurusan, anda akan diberikan borang permohonan untuk diisi. Lengkapkan borang tersebut. Sertakan kesemua dokumen yang di perlukan. Bayar wang cagaran seperti yang dikenakan pada bil anda. Siap!

Tunggu 5 hari waktu bekerja untuk memastikan samada rumah baru anda ada bekalan air dan elektrik atau pun tidak.  


GreenAppleKu : Pastikan anda telah menyemak salinan dokumen S&P telah di photocopy setiap salinan. Jangan jadi seperti saya, terlupa 'double check' salinan S&P. Tertinggal sehelai. Dah kena ke 7 eleven semata-mata hanya untuk photostate sekeping dokumen tersebut. Nasib baik pegawai yang bertugas mood tengah baik dan sanggup menunggu saya!

Kalau pegawai tersebut minta saya datang semula, tak ker satu hal pula kena ambil sekali lagi nombor giliran. Inilah hikmahnya berurusan di awal pagi. Orang tak ramai.

7 ulasan

Dr Mohd Hafiz bin Dato' Osman berkata...

terima kasih kongsi info ni dan tahniah green Apple dah ada rumah baru. green apple beli rumah kat area mana tu ya?

Zue Cancer berkata...

tak tahu pape sebab parents yg uruskan heheh..jenjalan mai la singgh

http://onlymezue.blogspot.com/2011/03/akibat-tsunami-17-march-2011-malaysia.html

GreenAppleKu.com berkata...

Dr.Mohd Hafiz, tq sebab drop komen. Rumah yg saya beli kat area .....(mana boleg kasi tau..hehe ) tapi dalam negeri Pulau Pinang. Rumah kat Penang sekarang nih mahal gila. Susah dah nak cari yang bawah RM100 kebwh. Kalau ada pon di kawasan seberang perai, luar dari Pulau..emmmm..mcm ada konspirasi ler pula. Shhsss..

GreenAppleKu.com berkata...

@ Zue, tak tahu tak per sebab sekarang awak dah tahu. Lain kali dah boleh buat sendiri kan..Sayang awak! hehe..

Tanpa Nama berkata...

aslmkm...berapa ye"..nk diRm kn, tq

hemasanacnic2 berkata...

Setem hasil nk buat kt mana ye

GreenAppleKu.com berkata...

Setem hasil boleh dibeli di Pejabat Pos. Sorry lambat reply, very the busy.