ERK! SEKS BOLEH MEMBUNUH??


Pertama kali terlihat tajuk entri ni, hati saya tertarik untuk baca sebab saya nak tahu, kes yang mana terlibat nih. Menurut pendapat Dr. Mohd Hafiz,

Seks boleh membunuh ? Betulkah sampai begitu sekali?


Ya, benar sekiranya kita tergolong dalam golongan mereka yang mengamalkan gaya hidup kurang bersenaman dan diet yang tidak seimbang serta tabiat suka merokok.

Serangan jantung akan terjadi sekiranya aliran oksigen ke otot jantung berkurang. Oleh sebab itu sekiranya kita jarang buat aktiviti fizikal yang berat maka jangan sesekali anda paksa badan anda melakukannya.

Sebagai contoh kita sudah dua tahun tak pernah bersenam. Tiba-tiba hari ini kita masuk pertandingan lari 100 meter pecut. Sudah pasti ini akan membuatkan jantung kita bekerja keras secara tiba- tiba. Inilah yang seterusnya menyebabkan penghantaran oksigen ke jantung tidak mencukupi dan akan terjadilah serangan jantung.

Oleh yang demikian sangat disarankan agar kita melakukan kegiatan fizikal secara berperingkat supaya jantung kita tidak mengalami kejutan. Sebagai contoh sekiranya kita dah dua tahun tak bersenam maka mulakan dengan berjalan kaki dahulu selama 20 minit dan hari berikutnya boleh berjalan kaki secara laju pula selama 20 minit. Hari berikutnya boleh cuba pula berlari- lari anak dan hari berikutnya berjogging.

Selain itu sayangi jantung kita juga dengan tidak merokok dan elakkan makanan berlemak dan berkolestrol tinggi. Ini adalah kerana makanan berlemak dan berkolestrol tinggi akan mengakibatkan penyempitan saluran pada jantung. 

GreenAppleKu : Rajin-rajinlah cari masa untuk bersenam walaupun 15 minit. Tiru macam saya, dalam 5 hari, 2 hari saya akan naik tangga ke pejabat. Tingkat 4 tu. Memula memang letih. Kaki sengal-sengal. Tapi bila dah biasa, ok jer..hehe..Em, lagi 3 hari tu, naik lif jer.


10 ulasan:

  1. Ofis sy x de lift so hari2 kena naik tangga satu kelebihan utk kesihatan sy.

    BalasPadam
  2. ingt ke..part "tiru macam saya tu..." hari2 naik tangge..hehe,tapi bagus la tuh..nek tangge...lagi2 org2 mesia skrg nih...smkin bnyk yg obes..

    BalasPadam
  3. abang hari2 buat kerja kuar peluh..alhamdulillah..badan sihat je rasa

    BalasPadam
  4. oke..saya cube untuk berlari-lari anak dulu..hehe..
    good tips..

    BalasPadam
  5. tak sangka seks itu menakutkan.. haha..

    BalasPadam
  6. Patutlaa akak ni nampak sihat dan segar macam epal ijau tu rupe2nya tiap2 ari naik tangge ke tingkat 4,hehe....

    BalasPadam
  7. saya jarang bersenam kebelakangan ni.ish,kene bersenam jugak ni.

    BalasPadam
  8. Kata orang tua-tua, kalau nak buat apa2 kerja pun, jangan mai terjah jer. Rupanya masih boleh di gunapakai kata-kata tersebut.

    @ En. Tanpa NAMA, tak baik tau awak kata cam tu kat saya...hehe..

    BalasPadam
  9. nek tangga ari2..umah tngkat 3..xdek lif..yey saya bersenam!!

    BalasPadam
  10. Thanks Green Apple sudi panjang-panjangkan perkongsian ilmu ni moga ada manfaatnya...

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!