ANXIETY (RESAH GELISAH)


Generalized anxiety disorder (or GAD) is characterized by excessive, exaggerated anxiety and worry about everyday life events with no obvious reasons for worry. People with symptoms of generalized anxiety disorder tend to always expect disaster and can't stop worrying about health, money, family, work, or school. In people with GAD, the worry often is unrealistic or out of proportion for the situation. Daily life becomes a constant state of worry, fear, and dread. Eventually, the anxiety so dominates the person's thinking that it interferes with daily functioning, including work, school, social activities, and relationships.
        

Anxiety atau rasa resah gelisah sering dikaitkan dengan salah satu daripada tanda-tanda penyakit psikologi. Keadaan ini jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan seseorang itu diselimuti kemurungan yang tidak terkawal. Yang lebih parah akan wujudlah tindakan-tindakan diluar kawalan termasuklah ada yang mengambil keputusan untuk membunuh diri!


Ada beberapa cara untuk mengubati penyakit resah gelisah yang melampau ini seperti membaca buku berkaitan anxiety, berjumpa pakar psikologi ataupun mengambil pil anti-anxiety. Namun ada satu cara yang amat susah bagi sesetengah orang hendak melakukannya. Tidak perlu kita berbelanja besar mahupun bersusah payah menelan pil.

SOLAT
Firman Allah melalui surah al-Ma'arij

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut), apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang, iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya."

Solat juga mampu menyihatkan pemikiran sekaligus menjadikan seseorang itu lebih tenang dan bebas dari rasa resah gelisah yang melampau. Kepada yang sedang mengalami masalah berikut :
  • bersedih kerana putus cinta.. 
  • gagal dalam temuduga kerja..
  • tidak lulus ujian memandu untuk kali yang ke dua.. 
  • baru lepas tengok pasangan anda curang pada anda..
  • walau apa jua masalah yang sedang anda alami ketika ini..

Dirikanlah solat kerana Allahswt 
Maha Pengasih dan Penyayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!