12 WAJAH DI PADANG MAHSYAR (PART 3) - Eiza GreenAppleKu

12 WAJAH DI PADANG MAHSYAR (PART 3)

Sebelum ini GA telah kongsi 3 wajah di Padang Mahsyar kelak. Tinggal lagi 9 wajah yang belum di tulis. 

Kata orang, hidup kena bermasyarakat. Kena kenal siapa jiran disekeliling kita sebab jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita. 'Jiran sepakat membawa berkat'. Ada logiknya ayat tersebut. Betapa tidak seronoknya hidup di dalam masyarakat yang tidak bertegur sapa sesama jiran. Paling tidak pun, hadiahkan senyuman ketika terpandang jiran sebelah rumah. Tak susahkan. Barisan ke 4 ni khas untuk pro kontra hidup berjiran.

Barisan ke empat

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Allah SWT berfirman: "Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jiran, maka ini balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

Barisan ke lima

Diiringi dari kubur dengan kepala mereka terputus daripada badan. Allah SWT berfirman:" Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

Barisan ke enam

Diiringi dari kubur dengan tanpa mempunyai lidah dan dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. Allah SWT berfirman: "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian diatas kebenaran, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.."








Tiada ulasan

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.