My Instagram

WALAU APA YANG TERJADI, JANGAN PUTUS ASA.



Hari ini anda gagal dalam temuduga. 

Kata mereka anda ada masalah komunikasi. Cara berpakaian anda tidak up to date sebab bos mereka suka yang seksi-seksi dan yang hensem-hensem sahaja. 

Frust? Kecewa? Jangan begitu. Cuba fikir semula ada hikmah tiada rezeki anda di situ. Anda telah diselamatkan dari menjadi mangsa bos yang bermata keranjang mahupun bos 'gay'. Siapa tahu.

Hari ini anda gagal dalam ujian memandu.

Terlampau gementar sebab anda tahu ada seorang girl secomel LISA SURIHANI sedang memerhatikan anda memandu. Hendak masukkan gear drive tersalah masukkan gear reverse. 

Memang anda belum bersedia untuk memandu. Kalau lulus juga, risau akan berlaku kemalangan kerana anda hilang tumpuan semasa memandu. 

Berikut adalah beberapa tips untuk mengelakkan daripada rasa putus asa.
  • Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk kita menjadi lebih baik. 
  • Paling penting ialah usaha kita yang gigih. Hasil yang Allah s.w.t berikan nanti, itu soal kedua. Namun kita tetap mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. 
  • Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah. 
  • Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan.


3 ulasan

♥ nana i am ♥ berkata...

dun give up~ keep on trying oke..wish you all the best :D

Rozuan Ismail berkata...

hidup umpama roda..kadang kadang di atas,kadang kadang di bawah..ingatlah yg kita sentiasa ada Allah untuk diri kita

GreenAppleKu berkata...

Cuba dan cuba lagi. Jangan mudah putus asa. If there a will there's always a way..