SUAMI MAIN CINTA DI FACEBOOK

Apabila terjadi sesuatu masalah, kenapa facebook di persalahkan?
Memang sudah menjadi lumrah, sesetengah orang susah untuk mengakui setiap kesalahan yang dilakukannya. Diri sendiri sentiasa betul. Yang tak betulnya siXXX dan siYYY. Mereka puncanya. Dialah penyebabnya. Dan yang selalu kita dengar, FACEBOOK punca kes pergaduhan, kes penceraian dan pelbagai kes yang tidak elok lagi. Itu yang ada FACEBOOK. Yang tidak ada FACEBOOK pun tidak kurang hebatnya.

Setiap ujian yang Allah beri kepada kita adalah untuk kita semak semula apa yang tidak kena kepada kita mahupun pasangan kita. Atau mungkin kita semakin jauh meninggalkan Allahswt. Berikut adalah satu masalah untuk di kongsi bersama.

PERSOALAN

SUAMI saya mengadakan hubungan terlarang dengan isteri orang di laman sosial Facebook, baru-baru ini. Hubungan mereka sampai ke tahap mengadakan hubungan seks.

Wanita berkenaan memuat turun beberapa gambar seksinya untuk tatapan suami saya.

Saya juga dapat mengesan hubungan mereka melalui telefon bimbit.

Sehingga kini saya masih dihantui kandungan e-emel dan gambar perempuan itu. Macam mana saya hendak lupakan semua itu dan mengembalikan kasih sayang suami saya demi anak saya yang masih kecil?

JAWAPAN KEPADA PERSOALAN

FACEBOOK adalah salah satu khidmat jaringan sosial dan laman web yang menduduki tempat pertama selepas dilancarkan pada Februari 2004.

Sekarang ini ia sudah mempunyai lebih 500 juta pengguna seluruh dunia yang begitu aktif bertukar-tukar maklumat. Setiap pengguna Facebook akan membentuk profil peribadi sendiri dan pengguna lain sebagai kawan dan seterusnya akan bertukar mesej (http://en.wikipedia.org/wiki/Facebook).

Walaupun laman web ini sangat berguna dalam konteks perhubungan sosial, ia juga mengundang perkara negatif dan penyalahgunaan seperti pembaziran waktu kerja, menggalakkan perhubungan bebas antara lelaki dan perempuan, mendedahkan rahsia peribadi dan rumah tangga kepada umum dan berlaku penipuan.

Ada juga rumah tangga yang hancur akibat hubungan berkenaan. Begitulah antara cabaran dalam dunia siber sekarang.

Hanya keimanan dapat menangkis pengaruh negatif daripada menyerap masuk dalam dada umat Islam.

Hal yang sama berlaku kepada anda suami isteri apabila suami terbabit dalam hubungan dengan isteri orang.

Perbuatannya adalah salah di sisi agama dan undang-undang. Ia tentu sekali mengganggu ketenteraman jiwa seorang isteri dan keharmonian rumah tangga yang dibina.

Jika ia berterusan maka rumah tangga akan terus berantakan dan musnah.

Oleh itu, anda sepatutnya bertindak bijak dengan berbincang dengan suami dan sekiranya perlu, bawa perkara berkenaan ke pengetahuan keluarga masing-masing.

Suami perlu bertaubat kepada Allah kerana melanggar larangan Allah s.w.t sehingga terbabit dalam dosa zina. Sekiranya dia masih berdegil, ambillah 'tindakan' yang lain walaupun ia sangat pahit.

Allah berfirman: "(Lazimnya) perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat, dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik..." 
(Surah al-Nur ayat 26)

SUMBER : MYMETRO, FIKRAH DR.SALAM

3 ulasan:

  1. facebook tu digunakan utk kebaikan..bukan disalahgunakan..

    BalasPadam
  2. Ini semua bergantung pada tuan punya diri juga. Kalau dah jenis curang ni, tanpa FACEBOOK pun, dia tetap akan curang. Semoga golongan ini akan mendapat hidayah dari AllahSWT untuk bertaubat.

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!