Ibunda's Delight

Khamis, 9 Disember 2010

KOMPAUN RM500 PREMIS PERNIAGAAN BIAK AEDES


GA : Anda biak Aedes, anda bayar RM500. Takder rayuan-rayuan. Isk..banyak tu. Kalau buat beli barang persekolahan anak, banyak barang dah settle. Tu premis perniagaan. Jom kita tengok-tengok sekitar kawasan rumah kita. Sekarang kan musim hujan.


MERSING: Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan mengenakan kompaun maksimum RM500 tanpa rayuan kepada pemilik premis perniagaan yang didapati menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Pegawai Kesihatan Kanan Pejabat Kesihatan Daerah, Dr Mohamad Nizam Subahir, berkata kakitangan PKD membuat pemantauan dari rumah ke rumah termasuk premis perniagaan di seluruh daerah bagi mengesan tempat pembaikan nyamuk itu.
Dr Mohamad Nizam berkata, sebanyak 65 kes deman denggi berlaku daerah ini sehingga awal November lalu dan daripada jumlah itu 40 kes deman denggi berlaku di Pulau Besar yang dipercayai berpunca daripada seludang kelapa yang terdapat di pulau berkenaan.

“Walaupun angka yang dicatatkan di daerah ini agak kecil berbanding di daerah lain di Johor, setakat ini kes denggi di Johor 3,903 berbanding 2,177 tahun lalu, tidak mustahil kita akan mengalami nasib yang sama seperti di daerah lain seandainya kita masih leka dan tidak ambil kisah tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekitar rumah dan premis tempat kita berkerja.

“Manusia mudah lupa tetapi nyamuk tidak pernah lupa kerana serangga berkenaan akan terus menggigit untuk mendapatkan darah kita bagi memastikan generasi nyamuk terus kekal di dunia ini, " katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya meluangkan masa 10 minit bagi memeriksa kawasan dalam dan luar rumah yang mengandungi air bagi memusnahkan tempat nyamuk Aedes bertelur.

“Saya meminta orang ramai supaya sentiasa membersihkan persekitaran rumah, memeriksa saluran longkang, saluran air hujan, menyapu, menanam tin kosong, tempurung kelapa dan apa juga bekas yang boleh menakung air bagi mencegah nyamuk Aedes dari terus membiak, " katanya.
Sementara itu, lebih 300 orang menyertai gotong-royong membersihkan sekitar kawasan Bandar Mersing dari pelbagai kakitangan jabatan di daerah ini termasuk Majlis Daerah Mersing (MD) , PKD dan pelajar beberapa sekolah rendah dan menengah.

Gotong-royong berkenaan anjuran bersama PKD dan MDM dengan kerjasama pelbagai Jabatan kerajaan di daerah ini bertujuan bagi membersihkan sekitar kawasan bandar ini daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes yang boleh membawa penyakit deman denggi.

Di antara kawasan terbabit termasuk Jalan Ismail, Jalan Abu Bakar, Jalan Temenggong, Jalan Haji Musa, Jalan Mohd Ali, Jalan Panchor, Jalan Masjid dan Jalan Bukit.

SUMBER : BERITA HARIAN

2 ulasan:

FaizalSulaiman berkata...

bagus ni kak sebab aedes leh bawa pada denggi

GreenAppleKu berkata...

Dia bawa denggi merangkap penyakit lak tu.. Hari-hari GA membunuh segala nyamuk..nasib kau lah nyamuk. Cegah adalah yg terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...