My Instagram

I BUSY LA



Ayat "I busy la..." adalah antara ayat yang paling kerap digunakan. Pelbagai sebab orang menggunakan ayat ini. Antaranya ialah sebagai klise (ayat basa-basi). Misalnya,

  • "Sori lah I tak boleh ikut you keluar lunch... I busy la"
  • pertanyaan, "apa khabar?", jawapan, "I busy la..."
  • pertanyaan, "kenapa you tak angkat telefon,", jawapan,"I busy la..."
  • Namun, tidak dinafikan ada juga yang sememangnya sibuk. Mereka dah sampai ke hidung, task yang perlu diselesaikan.
  • Menariknya, orang yang betul-betul dah tak cukup kaki dan tangan untuk menyelesaikan tugas tidak menggunakan ayat "I busy la..." atau "saya sibuk..."
Selalunya, mereka menggunakan ayat, "Boleh, boleh. Kita set hari lain ye...".

Individu yang sedemikian menggunakan masa dengan sepenuhnya. Jika melihat jadual kerja mereka dan task di tangan, seperti tidak percaya, kerja-kerja itu dilakukan oleh SATU orang. Mereka memang sibuk tetapi, selalunya mereka tidak menolak sebarangtask tambahan. Mereka hanya akan slot in ke tarikh lain yang kurang sibuk. Bagi insan seperti ini, sibuk bukan hanya a figure of speech. Mereka memang benar-benar sibukand they enjoy being busy.

Sesiapa sahaja boleh menyebut, "saya sibuk....". Tetapi, berapa ramai yang benar-benar sibuk dan menyukai proses menyelesaikan task tersebut? Mungkin anda mengenali seseorang seperti ini. Cuba lihat kejayaan yang telah mereka capai.

Mereka yang ingin berjaya dalam hidup, amat suka suasana "busy". Setiap hari ada sahaja aktiviti mereka. Mungkin ada yang kata, "Hish... banyak sangat yang kau nak buat, sempat ke?" Pelik tapi benar, mereka memang sempat melakukan semua itu.

Menjadi Bujang OK, anda harus belajar merebut semua peluang yang ada. Asyik berkata "I busy la..." atau "saya sibuk..." terlalu kerap akan menyebabkan anda gagal melihat peluang yang lalu di depan mata. Setiap dari kita diberi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan, 12 bulan setahun... mustahil dalam sehari/seminggu/sebulan dalam tahun tersebut anda busy sentiasa.

Percayalah, sebaik sahaja anda mengambil keputusan untuk menjadi diri anda yang terbaik, soal tak cukup masa, tidak timbul. Doa saya semoga setiap orang muda terutama orang bujang menggunakan masa dengan sebaiknya.



SUMBER : MIMI SALLEH

2 ulasan

Rozuan Ismail berkata...

kita boleh tgk org tipu kita x by pergerakan mata..

GreenAppleKu berkata...

Boleh Encik Rozuan. Nak pula yang 24jam suka berkacamata gelap. Sure der apa2 tu.