My Instagram

CARA LUPUSKAN KAD KAHWIN YANG MENGANDUNGI SURAH AL-QURAN



Bila tiba musim cuti sekolah, pelbagai majlis kendiri akan diadakan. Ada yang buat majlis kenduri sempena berkhatan. Ada yang buat majlis kenduri Walimatul Urus. Siapa yang tidak pernah dapat kad jemputan ke Majlis Perkahwinan? Eh eleh..apa punya soalan ler yang GA tanya yer. Konfem semua pernah menerima kad jemputan tersebut. Dari saiz suku A4 paper sehinggalah saiz sebuah buku cerita. 


Bila dapat kad yang cantik, pasti rasa sayang hendak di buang. Selalunya GA simpan dalam kotak. Dari satu kotak dah up kepada berkotak-kotak. Bila dah banyak, nampak menyemak ler pula. So, bagaimanakah cara yang terbaik untuk GA lupuskan kad kahwin yang kebanyakkannya mengandungi surah al-Quran? Takkan nak buang camtu saje kan. Rujukan artikel Dr. Salam dari mymetro :

AYAT-ayat al-Quran dan nama-nama Allah hendaklah dijaga supaya tidak tercemar kesucian. Kad kahwin yang mengandungi surah al-Quran dan maknanya hendaklah dijaga dan jangan dibuang begitu saja.

Menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk menjaga kesucian agamanya.

Contohnya, ayat berkenaan boleh dilupus secara tertib dengan membakar dan seterusnya ditanam atau dihanyutkan di sungai atau laut.



Okay, syukur. Selesai satu masalah.

3 ulasan

aima in luv berkata...

Ya Allah,, xpenah tawu pon sebelum nie... time kasih sbb bg taw ye...

lemolemo berkata...

ooo..info baru nih..tengkiu2..:)

GreenAppleKu berkata...

Setiap hari kita akan belajar sesuatu dan jika perkara itu untuk kebaikkan semua, jom sebarkan.