My Instagram

BALASAN TIDAK MENGHORMATI AZAN


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang sedang nazak, hampir ajal tidak berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'...

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:, 

Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampiri." 

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa semasa azan berkumandang..

Sebagai orang yang bernama islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan mendiamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?? 

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah "Lailahaillallah.." yang mana hikmah sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut Allah adalah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu ketika nyawa sedang dicabut.

Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucapkan kalimah "Lailahaillallah".. semasa sakaratul maut menghampiri kami.

4 ulasan:

  1. Sebab tu setiap lafaz azan tu ada lafaz sambutannye kan GA...

    Thanks for the info :)

    BalasPadam
  2. owhh patut lah kena hormat azan kan? setakat ni alhamdulillah masa azan saya akan senyap tak bising dan kena duduk tak leh baring..

    BalasPadam
  3. GA pula zaman kanak-kanak dahulu, ingat lagi pesan arwah nenek, tiap kali azan dilaungkan, kami semua akan disuruh diam. Suara tv pun kena perlahan.Kalau yang tengah makan, kena berhenti makan. Masa budak-budak, ikut jer lah. Dan ianya terbawa-bawa hingga dewasa. Rupa-rupanya, ada sebab pesanan orang dulu-dulu.

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!