My Instagram

60 PETUA MENDAPATKAN PASANGAN -PART 1-



Sumber asal artikel dari Datuk Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah ada 60 petua, tetapi untuk artikel kali ini, GA senaraikan 20 petua sahaja. Buat yang sedang mencari GA harap artikel ini serba sedikit dapat membantu anda. Selamat mencari jodoh.

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.


8 ulasan

Rozuan Ismail berkata...

hik hik..malu la wan ckp pasal pasangan ni..belom ada lagi..leh tolong carikan x?

za petrelli berkata...

hehhe.. tips yg menarik

UglyPooh berkata...

erm...semuanya bermula dr hati.
kaset dr. fadzillah yg ni mmg best :-)

Solihin Zubir berkata...

terima kasih di atas petua ini..
harap2 dpt membantu sbb sy tgh mencari jodoh yg x kunjung tiba.. hehe..

Cik Kamoo berkata...

SALAM GA! DAH SEMINGGGU TAK JENGUK KAT SINI. ADA ENTRY BEST RUPANYA. ENTRY YG SY NK SHARE ARITU PUN BELUM AMBIK LAGI HEHEHEH....

GA APA KHABAR??

GreenAppleKu berkata...

Rozuan dan Solihin, insyaallah masanya akan tiba juga. So persiapkan hati, minda dan diri anda sebaiknya. Good luck guys.

Za dan Ugly Pooh, memang menarik, mana yang terkurang kita lengkapkan.

Cik Kamoo, GA sihat tapi kenapa sampai seminggu tak jengah GA. Merajuk GA cam ni.

Cik Kamoo berkata...

SORRY LA...SKG NIE BUSY NGAN SKT...UPDATE BLOG PUN KEKADANG AUTO PUBLISH JERK...HIK HIK HIK...
SILA JGN MERAJUK....SBB BLOG GA TTP BEST

GreenAppleKu berkata...

All the best to you Cik Kamoo..