Isnin, 13 Disember 2010

15 MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

BANGUNAN terkenal Opera House di Sydney juga kelihatan samar-samar dibandingkan dengan gambar atas ketika kota itu dilanda ribut debu merah pada September 2009.
Kes anak derhaka terhadap ibu mahupun bapa boleh dikatakan setiap hari dapat kita lihat, baca dan dengar. Lebih dasyat sehingga ada yang sanggup membunuh ibu bapa sendiri dengan pelbagai alasan dan penyakit.

Begitu juga dengan perilaku suami yang dayus dan isteri yang nusyuz sekaligus menambah kepada 'trafik' kes penceraian. Anak-anak yang semakin hilang 'respect'.

"Alah..mak ayah pun tak betul, nak nasihat saya pula."

Daripada 15 perkara, agaknya tinggal berapa jika kita tandakan (x) untuk memastikan belum cukup 15 perkara maksiat yang akan menurunkan bala? Renung-renung, fikir-fikir dan buat kesimpulan dengan hadis berikut.

Daripada Ali bin Abi Talib r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu apabila
  1. harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu 
  2. amanah dijadikan suatu sumber keuntungan 
  3. zakat dijadikan hutang 
  4. suami memperturutkan kehendak isteri 
  5. anak derhaka terhadap ibunya 
  6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya 
  7. suka menjauhkan diri daripada ayahnya 
  8. suara ditinggikan di dalam masjid 
  9. yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka 
  10. seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya 
  11. khamar (arak) sudah diminum di merata tempat 
  12. kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki 
  13. para artis-artis disanjung-sanjung 
  14. muzik banyak dimainkan 
  15. generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)


      Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.

      2 ulasan:

      Ujang9897 berkata...

      fuh...akhir zaman skarang nie

      Rozuan Ismail berkata...

      kalau tgk pada list..semua dah ada.. jauhlah dari bala ye..dah akhir zaman kita ni..

      IBUNDA'S DELIGHT

      REWARD YOURSELF..