My Instagram

DUA ALAM

Ustaz Aaron Aziz..
Sedikit sinopsis filem 2 Alam;

Filem 2 Alam mengisahkan Adam yang melakukan pembedahan jantina dan menukar identitinya kepada Amy.

Biarpun merupakan artis yang dilimpahi cahaya glamour, Amy gagal mengawal emosi akibat konflik cinta dengan teman lelakinya, Juan Agustin.

Kerana tekanan hidup dan dilema menukar jantina, dia akhirnya membuat keputusan membunuh diri.

Namun kisah tidak terhenti di situ. Pelbagai masalah timbul sepanjang proses menguruskan jenazah Amy sehingga memaksa jemaah bertungkus lumus mengkebumikan jenazahnya biarpun sudah menjelang malam.



Mesti kita semua ada pengalaman seperti pernah berselisih dengan manusia '2 Alam' ini, pernah ternampak mereka ker, pernah masuk ke butik mereka ker (butik pengantin, butik kecantikkan) atau paling tidak pun beratur satu barisan dengan mereka di atm mesin.


Walaupun kita sedar mereka telah tersasar dari garis panduan yang sepatutnya, apa hak kita untuk kutuk mereka atau perli-perli mereka. Ada kes yang lagi teruk, maki hamun mereka. Mereka juga manusia, sama seperti kita. Tahu kah kita semua, apa hukumnya memaki hamun orang ni. (Korang boleh rujuk artikel saya yang sebelum ini) Dasyat juga balasannya di 'sana' nanti.  


Jika kita hendak menegur kecelaruan identiti mereka, biarlah dengan cara yang berhemah. It's take time. Kalau melihat pada raut wajah mereka, memang hensem kalau jadi seorang lelaki sejati.

2 ulasan

Nora Shahaira berkata...

Pengalaman : diandam oleh mereka yg sebegitu..

GreenAppleKu berkata...

Saya pun sama, pernah di andam, pernah berselisih malahan pernah bersembang. Mereka tidak kedekut bab ilmu dan suka belanja makan.