BILA DAH BUSY..ADA GAK YANG BUSY BODY.. - Eiza GreenAppleKu

BILA DAH BUSY..ADA GAK YANG BUSY BODY..


Busy, sibuk, banyak kerja, kerja ni urgent..nak siap cepat. Sejak dari pertengahan bulan lepas hinggalah membawa ke minggu ni, memang busy gila. Sampai terpaksa guna perkataan gila tu..untuk memberi gambaran betapa sibuknya keadaan di pejabat saya. Kepada yang bekerja, korang tahulah camna rasanya azab bila tetiba jer korang ada banyak kerja yang perlu disiapkan dalam waktu yang singkat. Datang 10 job, nak siap dalam masa 3 hari. Mau tak menang tangan di buatnya.

Waktu sibuk camni, jangan ada yang tanya soalan bodoh ker, nak buat lawak ker, ada yang makan tutttt gak jawapnya. Betul-betul menguji tahap kesabaran dan kepantasan menyiapkan kerja. Nak pula ada yang call tanya..

" En. X ada di pejabat tak"
"Tak der, En. X ada kerja luar, hari ini ada lawatan ke tapak projek. Dia kena pantau prestasi kerja pembinaan"
"Ehm..En.X still guna number hp yang sama ker"
"Yer..kenapa?"
"Kenapa i call dia tak nak jawap yer??"
"Sibuk agaknya" (Dalam hati : manalah aku tahu kenapa dia tak nak jawap call awak. Tak kuasa lak aku nak ambil tahu)
"Ehm tak perlah..nanti i call back"

Tidak kah membuang masa dan rasa hendak marah bila terpaksa melayan panggilan yang sebegitu. Kalau hal kerja..tak lah terasa apa tapi ni macam bab nak mengedik jer bunyinya.


Itu situasi semasa di tempat kerja. Tidak kurang hebatnya dengan situasi di rumah. Tugas sebagai 'full time' house wife memang mencabar. Kenapa saya label mencabar, sebab perlukan disiplin yang tinggi,  kreatif, badan yang cergas serta kesabaran yang tinggi.

Bangun kena awal pagi, masukkan baju yang hendak di cuci ke dalam mesin basuh..spin dan biar mesin tu buat kerjanya. Then sediakan breakfast. Kalau menu bihun sup untuk pagi itu, sementara menanti sup masak, bolehlah mandikan anak. Siapkan anak comel-comel, wangi-wangi kasi dia 1 atau 2 mainan untuk buat dia leka sementara hendak pergi tengok baju di mesin dan sup di dapur tadi. Bolehlah vakum apa yang patut sementara tunggu settle kerja memasak dan membasuh.

Tengah busy-busy ni ada juga jiran dengan soalan cepu emasnya,
"Buat apa tu Siahhhh..masak ker?"

Pergghh..sudah gerharu cendana pula, dah tahu (itulah rutin harian tiap orang diwaktu pagi) tanya lagi ker. Tapi tak baik tahu mengecilkan hati jiran walaupun anda dah hengit dgn soalannya.

"Aa aa..makcik Lemah tak masak ker,"


Berada di dalam keadaan busy, sibuk dan banyak kerja membuatkan kita tidak sedar betapa cepatnya masa yang berlalu. Dek kerana leka menyiapkan tugasan masing-masing..tup-tup tengok jam..dah lunch time. Ada kes sampai lunch time pun tak sedar..tahu-tahu pejabat dah sunyi sepi sebab semua orang dah balik.

Walau sesibuk mana pun solat jangan lupa, makan jangan lupa dan blog tetap kena up date. I love my job, my blog.. 

2 ulasan

ZaCKiLLeRZ berkata...

you ni mmg busy la haha, busy xpa, jgn busy body sdh :)

nizam omar berkata...

sabar lh ye..yang xbuzy aje yang suka buzy body..hehehe

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.