Rabu, 11 Ogos 2010

HARI PERTAMA SAHUR..

Hari ini hari pertama umat Islam berpuasa. Pelbagai pengalaman berpuasa, yang saya baca di fb dan dengar di radio. Ada yang gembira dan ada yang sedih.


Su, nenek kepada seorang cucu :
" Puasa kali ini amat bermakna bagi saya kerana inilah puasa pertama saya bersama cucu. Pagi ini cucu menjadi jam gerak untuk bangun sahur sebab seawal jam 4.30 pagi, dia sudah bangun"


Adam, seorang suami :
" Ini merupakan kali pertama saya bersahur bersama isteri. Masa bujang dahulu, liat juga saya hendak bangun bersahur. Tetapi apabila sudah berumahtangga ini, saya dan isteri akan sama-sama masak untuk sahur. Isteri kejut senang pula bangun."
Saya amat berharap, abang akan sembuh.
Salmi, adik kepada seorang abang:
" Puasa kali ini disambut dengan berita sedih. Abang saya menjadi mangsa langgar lari. Abang saya membonceng rakannya semasa kejadian berlaku. Yang sedih tu, kawan abang saya turut melarikan diri dan sanggup membiarkan abang saya di tepi jalan. Doktor kata keadaan abang saya 50:50. Entahlah, abang seorang yang ceria. Ketiadaannya semasa bersahur untuk kali ini..sunyi dan sedih rasanya."


Shila, seorang ibu dan isteri:
" First time masak untuk sahur. Selalunya saya and my hubby bersahur dengan kurma dan susu jer. But this year, anak saya menyatakan hajatnya untuk berpuasa penuh. Memikirkan anak saya, saya masak sebab risau dia tidak cukup tenaga untuk berpuasa. Thanks to my hubby yang memang tidak cerewek sebelum ini. This year, i akan masak untuk family kita."


Bagi diri saya, pagi tadi..payahnya untuk kejutkan anak saya untuk bangun sahur. Makanan sudah di hidang cuma tunggu untuk di jamah sahaja. Terkenang saya di zaman persekolahan dahulu. Bila tiba waktu untuk bersahur, memang seksa juga sebab kami terpaksa beratur panjang untuk sahur. Dah le dalam keadaan mengantuk di tambah pula dengan kesejukkan di awal pagi, memang betul-betul menguji kesabaran. Kalau tidak sahur, lapar pula nanti. Begitulah rutin kehidupan di asrama. Balik kerja nanti, hendak beli buah tembikai sebab anak dah pesan.


Sedapnya..




3 ulasan:

Capo Grande berkata...

selamat berpuasa...selamat bergreen apple....hehe

Green Apple berkata...

Same goes to you dear..jgn lupa sahur agar cukup tenaga utk blogwalking. Pehh sedapnya baby tu makan melon.

Siti Sofiah berkata...

agak payah nk bagun sahur pada puasa
pertama.. kekeke.

Nak Dapat Komisen RM200 macam saya? &Dapatkan Ebook Percuma. TERHAD!

Nak Join saya? Sila masukkan nama & email di sini
-> www.SistemJanaDuit.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...