My Instagram

MENJADI BOMOH SECARA TIDAK RASMI..

Seperti yang di ketahui, jika hukum berjumpa bomoh amat dilarang kerana kepercayaan kepada ramalan ghaibnya boleh menjadikan seseorang itu syirik, maka menjadi bomoh sudah tentulah dilarang. Malangnya tanpa disangka-sangka, sebahagian dari kita telah secara tidak langsung hampir menjadi bomoh apabila turut suka meramalkan sesuatu yang ghaib tanpa sebarang dalil syarak dan juga logik sains. Sebagai contoh:

  • Meramalkan jika kupu-kupu masuk ke dalam rumah, bermakna ada seseorang akan datang.
  • Meramalkan masa depan si bayi dengan menentukan tempat tanam uri bayi tersebut (selepas dilahirkan). Hingga ada mereka yang percaya bahawa jika ditanam di depan rumah berserta pensel sebatang maka dapat mencerahkan masa depan si anak!
  • Meramalkan sesuatu yang buruk akan berlaku apabila cawan dan pinggan pecah atau kunci jatuh ketika ingin keluar rumah.
  • Meramalkan rezeki bertambah hanya dengan menggantung ayat seribu dinar di rumah atau di kedai. Sedangkan ayat tersebut menuntut agar seseorang bertakwa kepada Allah bagi mendapat ganjaran keluar dari sebarang masalah dan rezeki daripada sumber yang tidak dijangka dan bukannya hanya digantung di dinding.
  • Meramalkan akan mendapat duit apabila tangan berasa gatal.
  • Meramalkan hafalan al-Quran akan hilang jika lalu di bawah ampaian baju.
  • Meramalkan roh orang yang mati akan kembali ke rumahnya semula. Sedangkan ia bercanggah dengan firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 100 yang menerangkan tidak boleh roh seseorang itu kembali ke dunia semula.
  • Kepercayaan ramalan buruk oleh si penyebar surat atau SMS berantai.
  • Meramalkan kayu kokka boleh menjadi penyelamat.
Ini antara bentuk kepercayaan karut, khurafat lagi tahyul dan sebahagiannya membawa kepada syirik tanpa disedari oleh individu itu. Akibatnya, hati akan menjadi rosak, iman tergadai dan ketika itu, perbincangan hukum halal haram tidak lagi menjadi kepentingan buatnya.

GreenAppleKu : MasyaAllah..hope this info is something to us. Renung-renungkan, fikir-fikirkan.


5 ulasan

FaizalSulaiman berkata...

wahahahaha..kepercayaan org melayu je neh.hihi

Green Apple berkata...

Tak juga.Ada juga kepercayaan yang telah di share oleh semua kaum. Contoh, cawan dan pinggan pecah..dalam apa jua movie..sure ada kan. Movie lover.

sop berkata...

x pernah percaya..
tp mmg dah melekat dlm budaya..
generasi skrg dah kurang kot?

Nora Sayang berkata...

percya tu kurang..cuma beringat..kita anggap itu semua peringatan..Allah yg menentukan semuanya kan..

Green Apple berkata...

Antara budaya, adat dan agama. Lebih baik rujuk kepada agama adakah sesuatu budaya mahupun adat mengikut dalil syarak dan logik sains.