Menunaikan rukun Islam ke 5 ni menjadi impian jutaan umat Islam termasuklah aku dan suami. Kami sentiasa mengikuti perkembangan terkini pakej haji 2025 terutama dari segi kos dan bantuan berkaitan. Terdapat pelbagai pakej haji yang ditawarkan dan kami tertarik dengan pakej haji swasta dan premium dari MKM Travel & Tours.
Setiap Muslim diwajibkan menunaikan haji sekali dalam seumur hidup bagi yang mampu, merangkumi kos perbelanjaan, kesihatan dan keselamatan. Dan ibadah sekali seumur hidup ini biarlah dapat ditunaikan dalam keadaan selesa tanpa kerisauan.
MKM Ticketing Travel & Tours, berpengalaman lebih dari 13 tahun menguruskan haji dan umrah. Antara pengelola jemaah haji yang berdaftar dengan MOTAC (Syarikat yang mempunyai lesen perniagaan pengendalian pelancongan luar negeri bagi umrah atau ziarah) dan mendapat Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) dari Tabung Haji untuk tahun 2025M/1446H. Dua perkara di atas penting untuk kita semak (MOTAC dan lesen PJH) sebelum memilih agensi pelancongan swasta.
Sedikit perkongsian dari Tabung Haji untuk bakal haji Visa Haji Urusan Sendiri (VHUS) Rakyat Malaysia (individu atau institusi) yang memperolehi Visa Furada atau Visa Mujamalah melalui jemputan dari pihak kerajaan Arab Saudi HANYA DIBENARKAN untuk menunaikan haji melalui Pengelola Jemaah Haji (PJH) pilihan termasuk TH Travel & Services. (THTS) yang telah diluluskan lesen oleh TH menurut Seksyen 28 Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).
Permohonan untuk mengikuti PJH hanya boleh dilakukan semasa di tanah air sahaja manakala permohonan setelah bakal haji berada di Tanah Suci adalah tidak dibenarkan.
DAFTAR PAKEJ HAJI 2025, SWASTA & PREMIUM DENGAN PHONE BERSAMA MKM TRAVEL
Ada pelbagai pilihan Pakej Haji mengikut baget. Antara pilihan pakej haji swasta dan premium yang disediakan oleh MKM Travel & Tours ialah Pakej Salam, Pakej Menara Jam, Pakej Safa dan Pakej Firdaus.
Nak daftar pakej haji pun mudah. Boleh buat guna phone sahaja. First, klik laman web MKM. Pilih pakej haji. Dan akan tertera info di bawah untuk diisi.
1. Borang perlu diisi oleh setiap penama yang berhajat menunaikan haji melalui MKM Travel
2. Borang yang telah diisi akan dihantar melalui whatsapp. (pastikan no tel. yang diisi ada aplikasi whatsapp)
3. Setelah menerima link borang pada whatsapp, semak butiran yang telah dilengkapkan.
4. Tandatangan secara digital pada borang dan klik hantar.
5. Dokumen lain (boleh hantar melalui whatsapp softcopy):
- 1 Gambar Visa (4cm x 6 cm / Latar belakang Putih/ TANPA memakai kaca mata/Jemaah Lelaki TANPA Songkok/Kopiah/ Jemaah Wanita Tudung Gelap)
- Salinan muka depan pasport (sahlaku sehingga atau melebihi 25 Disember 2025 dan mempunyai sekurang-kurangnya 4 muka surat kosong.)
6. Tunggu makluman daripada admin untuk hadir ke pejabat bagi pengesahan identiti;
- Bawa kad pengenalan
- Imbas cap jari
7. Pendaftaran ini adalah tertakluk kepada kekosongan bilik.
SIAPA YANG LAYAK UNTUK MEMOHON PAKEJ HAJI MKM TRAVEL
Kategori 1 : Telah mendapat tawaran haji
Kategori 2 : Masih menunggu giliran dan ingin membuat rayuan.
Kedua kategori di atas layak untuk mendaftar pakej Haji MKM Travel.
Permohonan rayuan : Bakal jemaah yang telah mendaftar haji sekurang-kurangnya 4 tahun dari tahun semasa boleh mendaftar bersama MKM Travel dan membuat rayuan melalui aplikasi THIJARI. Keputusan rayuan tertakluk kepada kuota Tabung Haji.
PERJALANAN HAJI SELESA BERSAMA MKM TRAVEL
Pembimbing Ibadah Haji Yang Berilmu & Berpengalaman
• Berpengalaman dalam mengendalikan pengurusan Haji di Malaysia dan di Tanah Suci
• Menjaga kebajikan jemaah dan berusaha memastikan perjalanan yang tersusun.
• Pengurusan cekap bermula daripada pendaftaran hingga ke lapangan terbang semasa pergi dan balik.
Khemah di Arafah dan Mina
• Khemah, makanan/minuman dan kenderaan serta jadual pergerakan, ketibaan dan kepulangan dibawah kelolaan Mashariq.
• Melaksanakan ibadah Sunnah Tarwiyah pada 8 Zulhijjah.
Barang Hadiah Haji
• Beg Pakaian
• Beg Sandang
• Beg Bimbit
• Beg Kasut
• Beg & Sejadah
• Beg Uncang
• Tag Beg & Kipas Tangan
• Buku Panduan Haji
• Bantal Leher
• Kain Ihram / Mini Telekung
• Botol Wudhuk
• Tasbih Digital
Ziarah dan Lawatan
*Bergantung kepada perubahan semasa
Ziarah Makkah
Sekitar Masjidil Haram, ziarah Hudaibiyah dan Jaaranah.
Ziarah Madinah
Sekitar Masjid Nabawi, ziarah Quba’, Uhud, Khandaq dan kedai kurma.
Lawatan Luar
Lawatan luar bagi majlis makan dan ceramah agama.
Pengajian Kelas Agama
• Kursus Haji Intensif di Tanah Air sebelum berangkat ke Tanah Suci
• Kuliah agama dan ulangkaji Manasik Haji sepanjang berada di Tanah Suci
• Soal jawab Haji di bawah bimbingan Guru Agama sepanjang ibadah Haji
Kemudahan Para Jemaah Haji Keutamaan Kami
Umrah
Jemaah dibawa ke Miqat bagi Umrah tambahan ketika Ziarah.
Hotel
Jarak dekat ke Masjid, mempunyai ruang legar, dewan makan dan Pejabat Urusan.
Kargo
Perkhidmatan Kargo disediakan di hotel Mekah dan Madinah.
Takaful
Pelan Perlindungan Takaful berkelompok (tertakluk pada terma & syarat syarikat takaful). Bagi yang berumur 65 tahun ke atas, insuran ini tersedia sebagai pilihan (dengan kos tambahan).
Kursus Haji
Kursus Haji Intensif di Tanah Air dan ulang kaji di Tanah Suci. Kursus secara online juga disediakan.
Sajian Makanan
Masakan secara buffet Asia 3 kali sehari di Mekah dan Madinah.
Untuk Keterangan Lanjut
Star Avenue Commercial Centre B-29, Jalan Zuhal U5, 179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor.
+603 7831 6740 (Haji / Umrah / Visa)
+603 7831 8740 (Ticketing)
Laman Web : https://haji.mkm.my/
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!