Baju dan kelengkapan sekolah

Baru-baru ni aku singgah ke Pusat Pakaian Hari-Hari di Bukit Mertajam Pulau Pinang. Kedai yang terletak di Lorong Perda Utama 3, Taman Prominence ni merupakan cawangan ke 2 yang ada di Penang. Cawangan ke2 ini juga paling dekat untuk kami yang tinggal di dalam pulau. 

Salah satu sebab aku suka ke Hari-Hari ialah kat sini 'one stop center' jika nak beli kelengkapan sekolah. Nak beli sehelai skirt dan baju as reward untuk diri sendiri pun ada. Bila mak happy, anak-anak pun happy.

Dari baju sekolah, baju pengawas pelbagai warna, baju tadika KEMAS, kasut sekolah, seluar tracksuit, tali pinggang, singlet, anak tudung, songkok, vest, stokin, botol air, alat tulis, beg sekolah dan yang paling penting untuk anak perempuan, tudung sekolah senang bentuk. Terletak elok pula tu. Anak tampil ke sekolah kelak kemas bergaya.

Dah 2 tahun Hud guna baju sekolah jenama Jony & Jeny. Kakak dia pun guna jenama yang sama. Kain jenis berkualiti, licin dan tak panas. Tahan lasak dan warna tak pudar. Selesa bila anak pakai. Nak seterika pun senang. Beli awal tak kalut dan tak perlulah bersesak di saat akhir. Risau risiko takde saiz pun iya juga. 

Tahun ni aku beli HANYA yang perlu sahaja. Kakak Hud yang sekolah menengah cuma beli sehelai kemeja purple (pengawas perpustakaan.) Nak pakai pada hari Isnin sahaja. Baju dan kain sekolah masih elok dan tak perlu beli baru. Beg sekolah pun masih elok. Cuma kasut sekolah kena beli baru sebab saiz kaki dah bertambah.

Pekerja kat sini ramah dan sangat membantu. Cepat je respond bila aku panggil dan minta ambilkan beg sekolah, carikan saiz baju dan kasut. Siap beri cadangan saiz yang sesuai.

Sementara Promosi Kembali Ke Sekolah masih ada, aku beli apa yang perlu. Harga pun tak bikin mak ayah terkejut. Aku sharelah sedikit senarai barang berserta harga untuk tahun 2023. Senang korang nak buat baget.

Baju dan kelengkapan sekolah

Beg sekolah jenama No Problem RM34.90
Kemeja sekolah putih Saiz 17 Jony&Jeny RM21.90
Kemeja sekolah purple Saiz 18 Jony&Jeny RM28.90
Seluar sekolah biru Saiz 24 Jony&Jeny RM27.90
Kasut sekolah hitam Saiz 36 Jony&Jeny RM29.90
Stokin 3in1 Saiz M Jony&Jeny RM7.90
Tudung sekolah warna purple Saiz M RM12.90

Kalau korang nak beli secara online pun boleh. Ada diskaun 10% pula tu. Sesuai untuk mereka yang tak sempat dan suka membeli secara online.

98 Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator
Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my

1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama