Aplikasi Marrybrown MB App

Aplikasi Marrybrown (MB App) Tawar Deals Sehingga 40% Dan Harga Serendah RM2.90! | Semalam misi mencari tudung Raya bersama anak aku, Diyana selesai. Padanan tudung dengan baju memainkan peranan penting agar penampilan sedap mata memandang. Memang aku dah plan nak takeaway makanan di Marrybrown sebagai salah satu juadah berbuka nanti.

Lokasi pilihan aku ialah Marrybrown Bukit Jambul, Penang. Ini semua sebab aku terbaca perkongsian beberapa rakan yang dah download MB App. Terasa sedikit ralat terlepas deals RM1 Marrybrown’s Crispy Chicken. Tapi takpe, masih ada lagi deals menarik lain sehingga 40% dan harga serendah RM2.90 (harga asal RM5.20) untuk 6 pcs Potato Wedges. Jimat banyak!

Aku download di https://mbapp.marrybrown.com/ Penting untuk semak terlebih dahulu outlet yang terlibat sebab tak semua outlet guna MB App di https://mbapp.marrybrown.com/participating-outlets Untuk new member seperti aku, korang jangan lupa klik My Reward untuk redeem PERCUMA seketul Marrybrown’s Crispy Chicken.

Aplikasi Marrybrown MB App

CARA TEBUS DEALS DI MB APP
Bila dah download, ada dua cara korang nak tebus tawaran.

Aplikasi Marrybrown MB App

Klik Tab Home
Buka aplikasi Marry Brown, klik di tab HOME, terus keluar ‘deals’ yang ada, pilih makanan yang korang nak. Selesai pilih, klik REDEEM. Nanti akan masuk dalam tab MY REWARD, klik sahaja deals yang dah dipilih, kemudian akan keluar QR code. Tunjuk pada staff untuk mereka scan QR code. Siap!

Klik Tab Deals
Aku suka guna cara ni sebab senang dan mudah. Hanya klik tab DEALS dan akan keluarlah semua senarai deals yang masih ada. Pilih dan langkah seterusnya sama seperti di atas.

Aplikasi Marrybrown MB App

KELEBIHAN MENGGUNAKAN MB APP

Kumpul Mata dan Tebus
Setiap pembelian korang akan dapat point. RM1 bersamaan 1 point. Kumpul point untuk tebus menu yang ditawarkan di tab "Deals" di "Point Redemption".

Marrybrown Deals
Pelbagai tawaran yang ditawarkan di aplikasi Marrybrown. Kena rajin lihat selalu sekiranya ada tawaran terbaru dari Marrybrown.

Tawaran Hari Jadi
Marrybrown menawarkan tawaran yang menarik semasa harijadi. 

Berita Promosi Terbaru
Apabila korang download MB app ni, segala berita terbaru, menu terbaru, promosi terbaru atau apa-apa berkenaan Marrybrown korang akan dapat tahu dulu.

Pesanan Tanpa Sentuh
Korang boleh kurangkan sentuhan apabila korang membuat pesanan melalui aplikasi Marrybrown. Korang boleh order siap di MB App untuk pick up atau dine in. Jimat masa. Kalau korang malas nak keluar rumah, tak nak bersesak-sesak, lagi-lagi time nak dekat raya, korang boleh order melalui Grab Food, Food Panda atau Shopee Food dan diorang hantar terus ke rumah!

More information

6 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Wah... hampir semua outlet makan dah ada app skrang nie. Lame2 berat phone kite. Hehehe. Btw, thank you for sharing this news.

    BalasPadam
  2. Rawlins pergi masa hari kedua sebelum Raya haritu. Puas hati sebab memang banyak deals - jimat kan

    BalasPadam
  3. I am using this app too as I'm MB fan, it's really good & easy convenient to order & enjoy MB meals . Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  4. senang bila ada apps mcm ni.. byk deal dan berbaloi pulak tu.. mmg best

    BalasPadam
  5. Berbaloi-baloi yaaa.. belum lagi dnlod, ingat nak try gak laa... murah bebeno...

    BalasPadam
  6. Thank you for reading my post about Penang trip. My family and I always back hometown on every CNY and holidays only. :) Nice to meet you, Eiza. Marrybrown app also great. I like this cheap deals when my friend test this app at Marrybrown KL. :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama