Kesan penggunaan gajet pada mata dan penglihatan

Tahukah anda, otot mata adalah otot di dalam tubuh manusia yang 'bekerja' 24 jam tanpa henti. Serta otot kecil ini lebih aktif berbanding otot lain dalam badan. Ia tidak berehat. Walaupun dalam mimpi, bola mata seseorang sentiasa bergerak.

Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia 2019, pengguna smartphone meningkat 91% berbanding tahun sebelumnya iaitu 89%. Pengguna internet lebih banyak memilih media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya. 

Manakala laporan akhbar daripada The Malaysian Reserve 12 April 2021 menunjukkan akses telefon mobil dan komputer meningkat sehingga 98%. Ini bermakna hampir keseluruhan rakyat Malaysia menggunakan smartphone dan komputer riba. 

Kajian dari statista.com pula menunjukkan purata tempoh masa menggunakan internet adalah anggaran sehingga 6 jam sehari. 


Info yang jarang kita dengar ini aku perolehi masa aku join 'FREE TALK' oleh Dr Mohd Hafidz Ithnin, pakar mata di Optom Eyecare secara live di Facebook Pejabat Mara Negeri Selangor oleh Bahagian Pembangunan Usahawan MARA yang dikendalikan oleh BizNetwork. 

Pelbagai info mengenai kesan penggunaan gajet dan komputer pada mata dan penglihatan yang jarang kita dengar mahupun terbaca mereka kongsikan. 

Kesan penggunaan gajet pada mata dan penglihatan 

Peningkatan power spek mata
Peningkatan power spek akan bertambah terutama pada kanak-kanak yang berusia bawah 13 tahun kerana power mata mereka lebih cepat naik berbanding orang dewasa. 

Bila power mata semakin meningkat, bola mata semakin lama menjadi semakin panjang. Lama kelamaan saraf di belakang mata akan terkoyak. Bila dah terkoyak kemungkinan mata menjadi buta adalah tinggi. 

Otot focus mata yang tidak stabil
Kanta dalam mata kita ibarat seperti kanta dalam kamera DSLR atau kamera handphone. Cuba bayangkan ketika kita snap gambar, lens akan mengambil masa beberapa saat untuk fokus pada subjek yang kita nak snap. 

Sama juga dengan mata, kekerapan penggunaan gajet, akan menyebabkan otot fokus mata mengambil masa untuk fokus dan perlu berkerja lebih kuat. 

Ini salah satu punca otot mata menjadi tidak stabil. Bila otot mata tak stabil, mata jadi susah nak fokus. 

Mata cepat penat
Apabila kita terlalu lama fokus pada skrin, mata kita akan jadi penat dan penglihatan akan menjadi kabur dan pedih. 

Boleh menyebabkan mata jadi juling 
Pengalaman Dr Hafidz sendiri dengan pesakitnya yang berusia 14 tahun yang mempunyai mata juling disebabkan main game PUBG 5 jam sehari dan adakalanya lebih. Lama kelamaan menjadikan auto fokus tak terkawal. 

Tak sangkakan, gajet boleh menjadi penyebab mata jadi juling. Juling boleh dirawat, tapi mengambil masa selama 6 bulan hingga setahun jika kes tak serius. 

Mata kering
Mata kering boleh terjadi kerana penggunaan gajet yang terlalu lama dan mata kurang berkelip. Ini boleh menyebabkan mata bukan sahaja penat tetapi mata menjadi kurang selesa dan jika digosok boleh menyebabkan luka pada mata. Mata yang basah dan lembab memberi keselesaan pada mata. 

Tips yang diperlukan untuk menjaga mata 

Rehatkan mata selepas 1 jam melihat gajet.
Selepas 1 jam menggunakan gajet, sebaiknya rehatkan mata antara 5-10 minit. Alihkan pandangan dari gajet. Mungkin korang take five dengan bancuh minuman kegemaran atau sekadar menikmati pemandangan di jendela. Nak berborak dengan rakan atau kucing pun boleh. Asalkan tidak menggunakan gajet. 

Penggunaan cermin mata khas untuk lindungi mata
Guna cermin mata yang ada kanta penapis warna biru (Blue-light-filter) ketika perlu menggunakan gajet walaupun korang tidak rabun. Aku ada buat satu untuk anak yang berusia 7 tahun. Pakai ketika dia perlu menggunakan handphone dan ketika menonton tv. 

Gunakan air mata tiruan (artificial tears)
Aku salah seorang pengguna Eye Mo Moist (air mata tiruan) bila mata terasa kering dan letih ketika menggunakan gajet, memandu jarak jauh, membaca atau berada dalam tempat berhawa dingin dalam masa yang lama. Memang mata jadi lembap dan segar. 

Kesan penggunaan gajet pada mata dan penglihatan

Promosi 50% BESPOKE FRAME 

Optom Eyecare Bandar Baru Bangi ingin sama sama berkongsi promosi 50% BESPOKE FRAME bagi yang nak buat bingkai cermin mata custom made. 

BeSpoke Frame ni merupakan frame customize mengikut bentuk muka. Frame jenis BeSpoke ni jarang didapati di kedai cermin mata yang lain dan diperbuat dengan menggunakan teknologi dari German. 

Bagi yang berminat nak buat Bespoke Frame, ada PROMOCODE : optommara untuk mendapatkan diskaun sebanyak 50%. Separuh dari harga tu! Jangan lepaskan diskaun istimewa sebelum promosi ditamatkan. 

Untuk maklumat lanjut sila whatsapp 011- 11479093 atau layari website OPTOM : https://optom.com.my/ 

OPTOM EYECARE BANGI
No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)

1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama