Senarai lagu minggu ke 4 Gegar Vaganza 8

Aku layan Gegar Vaganza 8, bukan sebab dah buang tabiat. Apatah lagi semata-mata sebab content. Tapi ini adalah salah satu cara aku support artis di zaman pendamik Covid19. Ada di antara artis kita terjejas ketika pkp dulu. Ada yang terpaksa bawa Grab dan ada yang jual itu ini demi kelangsungan hidup.

Dan satu lagi sebab, artis yang bertanding kali ni adalah artis kesukaan aku. Suka sebab suara mereka suatu ketika dulu, kini dan selamanya. Antaranya Aweera, Adibah Noor, Bandi Amuk, Nikki, Azan Scan dan SA. YA (Saiful Apek & Yassin) 

Artis yang lain pun aku layan dan sokong. Setiap kali persembahan, nampak usaha mereka untuk beri yang terbaik. Namun minggu ke 3 baru ni, Nico G tersingkir. Thanks Nico G. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. 

Untuk minggu ke 4 ni Nikki Palikat dapat lagu Zombie dari The Cranberris. Lagu imbau zaman aku muda remaja dulu nih. Boleh tahan menjerit lagu ni. R.I.P buat penyanyi The Cranberris, Dolores O'Riordan. 

Paling tersentuh jiwa bila lagu Bila Cinta OST Lagenda Budak Setan dari Gio pun ada. Filem adaptasi novel Ahadiat Akashah. Novel terlaris di Malaysia satu ketika dulu. Lagu kegemaran hingga aku abadikan lirik lagu ni di blog. Korang klik tajuk lagu yang berwarna hijau. Terus boleh imbau moment suatu ketika dulu. 

Dan Aweera memang akan kasi gegar lagu ini nanti. 

Senarai lagu minggu ke 4 Gegar Vaganza 8

All the best buat semua artis yang bakal beraksi di minggu 4.
Nabil & Jihan ➡️ Sakit 

12 BINTANG GEGAR VAGANZA 2021 

Adibah Noor ➡️ Jika
Aweera ➡️ Bila cinta - Gio (OST Lagenda Budak Setan)
Bandi Amuk ➡️ Satu Kesan Abadi
Nikki ➡️ Zombie - The Cranberris
Saiful Apek & Yassin ➡️ Getaran Jiwa
Azan Scan ➡️ Dir
Suki ➡️ Jampi
Aliff Aziz ➡️ Jika Kau Rasa Getarnya
Upiak Isil ➡️ Cinta Sejati
Ani Maiyuni ➡️ Lebih Indah
Fazley ➡️ Mahligai Syahdu
Shidee ➡️ Hati Yang Terluka 

#GegarVaganza8
#GegarVaganzamingguke4
#GegarVaganza2021
#BintangKembaliMenyengat 
#storyteller #kbba9
#greenapplekudotcom

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama