Teh Hijau

Bangun je dari tidur aku mesti terasa nak minum air kosong. Kering tekak di sebabkan kebelakangan ni cuaca tak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Selepas minum air kosong aku turun ke bawah untuk ambil wuduk dan get ready untuk solat Subuh. Selesai Subuh, aku on laptop. Sementara tunggu laptop ready, aku ke dapur bancuh secawan Supercube Red Dates & Goji Berry panas atau multigrain drink. Bergantung kepada stok minuman apa yang ada pun iya juga.

Bila aku minum teh hijau? Selalunya aku minum selepas sarapan pagi, sekitar jam 10 pagi ke atas. Sambil minum sambil aku masak untuk lunch, tengokkan Hud siapkan kerja sekolah dan create content untuk sosial media aku. Memang aku suka buat tiga dua kerja dalam satu masa.

Berat badan aku turun sejak aku amalkan teh hijau. Alhamdulillah. Setiap hari mesti nak pekena secawan. Happy tau bila dapat kekalkan berat supaya tak naik. Biarlah ianya kekal di paras normal. Pemakanan pun kena jaga juga. Sejak meningkat usia ni, aku dah tak ambil makanan berat selepas jam 8 malam. Nak sihat sebab senang nak beribadat dan uruskan aktiviti harian je.

Buat korang yang baru nak cuba minum teh hijau, baca sampai habis perkongsian aku ni. Sebab pengambilan teh hijau ada cara dan waktunya. Tersalah cara lain pula jadinya.

teh hijau untuk kurus

Waktu sesuai minum teh hijau

Teh hijau merupakan minuman yang dapat membantu mengurangkan berat badan dan memberikan manfaat kepada kesihatan badan. Ia juga dianggap sebagai teh diet.

Teh hijau mengandungi antioksidan, enzim, asid amino dan fitokimia seperti polifenol. Jika anda seorang pengemar minuman teh diet ini, anda harus mengetahui waktu sesuai minum teh hijau bagi mendapatkan sepenuh manfaat yang ditawarkan teh hijau untuk kesihatan anda.

Elakkan meminumnya di awal pagi

Mengambil makanan yang berkhasiat pada awal pagi adalah perkara yang baik memandangkan badan kita bersedia untuk menerima makanan selepas kelaparan ketika tidur.

Tetapi memilih untuk meminum teh hijau pada awal pagi ketika perut kosong boleh menyebabkan kesan buruk kepada hati kerana kandungan tinggi catechin di dalam teh hijau. Catechin – sejenis kompaun polifenol – yang berada dalam teh hijau perlu dikawal.

Kandungan kompaun ini dalam kuantiti yang tinggi boleh mengakibatkan kerosakan hati. Malah mengambil teh hijau ketika perut kosong boleh mengakibatkan dehidrasi.

Waktu sesuai mengambil minuman ini adalah selepas bersarapan. Seeloknya minum minuman ini pada sekitar pukul 10 hingga 11 pagi.

Minum teh sebelum makan

Anda boleh mengambil minuman yang kaya dengan mineral dan fungsi antioksidan ini sebelum anda mengambil hidangan makanan.

Sebagai contoh, waktu sesuai minum teh hijau adalah jam sebelum atau selepas hidangan makanan. Ia untuk memaksimumkan pengambilan nutrien dan penyerapan iron.

Sekiranya anda menghidapi atau menderita dengan masalah anemia, sebaiknya anda elakkan pengambilan meminum teh diet ini ketika makan.

Minum teh hijau 2 jam sebelum tidur

Teh hijau bukanlah sejenis minuman yang sesuai diminum sebelum tidur. Ini kerana kafein yang terkandung di dalamnya boleh menjejaskan tidur anda.

Ia mengandungi asid amino L-theanine yang akan membuatkan anda lebih sedar dan menjadikan anda lebih fokus.

Waktu yang terbaik untuk meminumnya adalah dua jam sebelum waktu tidur kerana pada tempoh ini, metabolisme berada pada tahap rendah dan teh hijau boleh membantu meningkatkannya.

Jika anda mengambil teh hijau untuk mengurangkan berat badan, waktu ini adalah waktu yang terbaik. Meminum teh hijau sebelum tidur dapat membantu membakar lemak ketika anda sedang tidur.

Sepanjang hari

Jika anda ingin membersihkan badan atau mendetoks badan menggunakan teh hijau, anda harus dan perlu meminumnya sedikit demi sedikit sepanjang hari.

Fungsi detoks yang terkandung dalam teh hijau berfungsi secara perlahan dan anda perlu melakukannya secara sedikit demi sedikit untuk memperolehi semua manfaatnya.

Jika anda mengambil minuman ini secara sekali gus, fungsi detoks tidak akan berjaya dan ia hanya akan mengalir keluar dari badan anda sebagai air kencing.
Hanya 2 – 3 cawan

Oleh kerana teh hijau kaya dengan antioksidan dan kompaun semula jadi berasaskan tumbuhan seperti tanin dan flavanoid, sejenis antioksidan yang melindungi penyakit jantung – mengambilnya secara berlebihan boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada hati.

Jadi dinasihatkan untuk mengambilnya hanya antara dua ke tiga cawan sahaja sehari dan pastikan anda tahu waktu sesuai minum teh hijau.

Sumber : hellodoktor

4 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Balasan
    1. Cubalah. Seronok bila berat badan turun. Eiza minum brand Ahmad Tea. Ambil yang 25 teabag. Harga dalam RM5++

      Padam
  2. Badan Nina macm tak berapa ngam dengan green tea. Nanti perut rasa kembung. Huhuu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba minum lepas lunch. Elakkan minum ketika perut kosong. Semoga ngam.

      Padam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama