Tips pilih beg sekolah dan cara galas.

Alhamdulillah, Diyana dapat tawaran belajar Diploma in Nursing Program di salah sebuah College of Nursing and Health Sciences di hospital swasta Penang. Hospital swasta ni memang ada kolej dan tempat pengajian khas untuk pengajian yang ditawarkan.  

Salah satu keperluan permohonan ialah x-ray. Selepas terima result x-ray kami terkejut sebab baru tahu tulang belakang dia sedikit bengkok. Mulalah terfikir macam mana boleh jadi sampai macam tu. Dan paling risau jika pengajiannya terpaksa dibatalkan gara-gara masalah tulang belakang. Doktor ada nasihat kami untuk bawa Diyana ke klinik Physiotherapy. Tengok apa cadangan dan rawatan yang sesuai untuk Diyana.

Terus aku terflash back, masa dia sekolah dulu, dia pernah mengadu sakit belakang. Aku pula ingat mungkin dia salah tidur atau letih. Tapi sakit tu tak lama dan tak kerap berlaku. Memang banyak buku yang perlu anak aku bawa. Kelas dia pula di tingkat 4. Sampai aku sarankan hanya buku tulis dan buku aktiviti letak dalam beg. Buku teks, ikat dan pegang. 

Bila aku terbaca perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh tentang beg sekolah berat dan kesannya terhadap tulang belakang, rasanya terjawap sudah persoalan aku. Isu ini tidak boleh di ambil ringan kerana kesannya pada anak-anak di masa hadapan amat membimbangkan. Contoh terdekat, anak aku sendiri. 

Berikut aku kongsikan artikel perkongsian dari doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan, tips pemilihan beg dan cara galas beg sekolah. Boleh di gunapakai sementara nak tunggu adakah dapat dikurangkan matapelajaran yang terlampau banyak. Ini menjadi sebab utama kenapa beg sekolah berat.

Tips pilih beg dan cara galas beg sekolah

Beg sekolah anak-anak kita semakin lama semakin berat. Ibubapa perlu beli beg sekolah yang betul untuk elakkan kemudaratan pada anak-anak. Pemilihan beg yang salah boleh menyebabkan sakit tengkuk, sakit belakang, serta masalah tulang belakang yang lain, seperti skoliosis dan kyphosis.

CARA PILIH BEG YANG BETUL

Jenis - mempunyai dua tali penyandang, dan penyandang mempunyai pelapik span. Penyandang yang mempunyai klip penyambung di bahagian hadapan adalah digalakkan.

Dalaman - mempunyai pembahagi ruang atau jalur pengikat, agar buku boleh disusun rapi serta diletakkan berhampiran pada ruang yang dekat kepada tubuh pemakai.

Saiz - bahagian atas beg mesti berada di paras belikat dan bahagian bawah hanya berada di lengkung pinggang. Jika bahagian bawah mencecah punggung, bermakna beg terlalu besar.

CARA GALAS BEG YANG BETUL

Berat beg dan isinya tidak melebihi 15% berat badan pemakainya. Jika berat pemakai 20kg, maka berat beg mestilah tidak lebih 3kg. Jika ada muatan lebih, bawa di tangan dan dilekapkan ke dada.

Tali penyandang dipendekkan sehingga beg rapat ke tubuh dan tidak londeh. Ia memastikan beban dapat ditampung dengan baik, serta mengelakkan beg berhayun semasa berjalan/berlari.

Tidak menjinjing atau menggalas hanya sebelah tali penyandang beg, untuk mengelakkan bebanan tertumpu hanya pada sebelah bahagian tubuh. Bebanan tak simetri boleh menyebabkan skoliosis.

Semoga penerangan ini memberi manfaat kepada ibubapa dan anak-anak.

Greatlife Physiotherapy & Rehabilitation

*untuk tahu lanjut tentang skoliosis boleh follow laman Greatlife Physiotherapy & Rehabilitation.

3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Terima kasih banyak sis eiza, perkongsian pasal beban beg sekolah yang digalas ini membuka mata juju. Allah, moga Diyana dipermudahkan urusannya utk lanjut pelajaran. Hrp ada solusinya. Jadi disini, apa sahaja omelan atau aduan anak tentang diri kita kena peka dan ambil berat. Huhh risau.

    BalasPadam
  2. anak nak masuk sekolah tahun depan, bila dengar cerita2 macam ni dah seriau. anak kalau bawakkan barang berat sikit pun dah merungut, ni kan plak kalau lebih 5kg..huhu

    BalasPadam
  3. Teringat masa Ai sekolah rendah dulu, banyak buku nak kena bawa. Dah lah ai ni kecik orangnya. Hahaha. Naik sekolah menengah, dah pandai ngelat tak nak bawa buku teks. Share dengan kawan sebelah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama