Senarai lagu minggu ke 2 Konsert Gegar Vaganza musim ke 8

Senarai lagu minggu ke 2 Konsert Gegar Vaganza musim ke 8

Minggu pertama gegar vaganza musim ke 8 memang gempak. Lain macam dia punya aura. Persembahan semua artis bertenaga dan aku terus terimbau zaman lagu mereka trending suatu ketika dulu. 

Dalam rumah aku ni, Yaya team Adibah Noor. Hud pula team Saiful Apek & Yassin. My mum sokong Shidee. Anak teruna aku pula team Aweera, Bandi Amuk dan Azan Scan. Masa artis pilihan menyanyi, kecoh anak aku mempertahankan team pilihan. 

"Suara sama dengan lagu!" 

"Adibah Noor nyanyi, meremang wo.." 

"Powerlah suara Aweera, Bandi Amuk dan Azan Scan." 

"Saiful Apek & Yassin best. Yang berlakon Cicak Man tu." 

Nampak tak kekecohan yang bakal tercetus sehinggalah berakhirnya Gegar Vaganza kelak. Dan masa sesi pemilihan lagu untuk minggu ke 2, ada 4 artis Yaya dan Hud teka betul. Dah macam pertandingan siapa betul siapa salah teka dah pula budak-budak ni. 

Aku pula terpukau dengan lunaknya, sedapnya dan powernya suara Adibah Noor, Aweera, Bandi Amuk, Azan Scan, Saiful Apek & Yassin dan Nikki. 

Tapi masa persembahan Aweera, masa permulaan lagu, petikan gitar macam ada yang tak kena. Sampai anak-anak aku tertanya, kenapa bunyi macam tu? 

Aku just jawap, maybe bukan Mojo yang main. Itu pun hanya pada permulaan lagu. Lepas tu dah okay dah. Harap minggu hadapan dapatlah dibaiki apa yang terkurang. Suara Aweera meremang!

Persembahan Bandi Amuk memang wow masa opening. Di iringi 3 pemain gitar dan suara serak Yeah! Yeah!

Sa Ya, nama kumpulan Saiful Apek & Yassin. Senang nak sebut kata mereka. Tak sangka masih menyengat suara mereka berdua. Persembahan pun menghiburkan. 

Bintang yang lain pun masih berbisa suara mereka tau. Minggu pertama minggu warm up. Aku pasti minggu ke 2 nanti lagi menyengat dan semakin sengit persaingan. Berikut aku sertakan senarai lagu yang telah ditentukan untuk minggu ke 2 nanti. 

Kebanyakkannya lagu mengimbau kenangan aku di zaman persekolahan hinggalah zaman bercinta. Andaiku Bercinta Lagi, Untukmu Sayang, Gerhana dan Sekelip Mata Kau Berubah. 

Ada artis yang dapat lagu sendiri dan ada yang dapat lagu artis lain. Adibah Noor dapat lagu Istana Menanti nyanyi Rahim Maarof dan aku tak sabar nak tunggu persembahan dia pada minggu hadapan. 

Adibah Noor ➡️ Istana Menanti
Aweera ➡️ Andai Ku Bercinta Lagi
Bandi Amuk ➡️ Untukmu Sayang
Nikki ➡️ Drama
Saiful Apek & Yassin ➡️ Gerhana
Azan Scan ➡️ Sekelip Mata Kau Berubah
Suki ➡️ Kisah Cinta Kita
Aliff Aziz ➡️ Kasih Tak Sampai
Upiak Isil ➡️ Parah Parah
Ani Maiyuni ➡️ Selangit
Nico ➡️ Kaulah Gadisku
Fazley ➡️ Laguku Untukmu
Shidee ➡️ Malam 

#GegarVaganza
#GegarVaganza8
#GegarVaganza2021
#BintangKembaliMenyengat

2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Dah lama tak layan gegar vaganza, nanti nak usya la semua tgk rancangan ni kak eiza. TQ sharing!

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama