Lagu Adele, Bobbie Williams dan Elvis Presley antara senarai lagu minggu ke3 Gegar Vaganza 2021

Pentas bakal dibuka dengan lagu Shake It Off nyanyian Taylor Swift dan dipersembahkan oleh Nabil & Jihan. Gempak ke tak gandingan mereka berdua? Nanti kita tonton.

Dan pemilihan lagu untuk minggu ke 3 ni dah mula nampak taringnya bila lagu artis luar negara seperti Adele, Robbie Williams dan Elvis Presley turut tersenarai. Dan bintang yang terpilih untuk menyanyi kelak aku yakin mereka mampu bawa dengan baik. 

Reaksi Yes! Saiful Apek dan Yassin (SA.YA) bila nama kumpulan mereka muncul di screen untuk bawa lagu Better Man dari Robbie Williams. Lagu All I Ask dari Adele rasanya makanan je untuk kak Adibah Noor. All the best kak.

Manakala lagu dari Ella, Ernie Zakri, Aina Abdul, Jin Bara, Tan Sri P. Ramlee, Dato Siti Nurhaliza dan Nora turut terpilih. Aku dah mula terbayang persembahan Badarsila Dato Siti Nurhaliza suatu ketika dulu. Meriah pentas dan penuh warna warni. Hidup aura irama tradisional.

Vokal rockers kita Aweera, Bandi Amuk dan Azan Scan bakal bertukar rentak bila genre mereka berbeza untuk minggu ke 3 nanti. Aweera lagu Boneka, Ernie Zakri? Bandi Amuk lagu Nak Dara Rindu, Tan Sri P Ramlee dan Azan Scan lagu Ini Rindu, Farid Hardja & Lucky Resha? 

Aliff Aziz pula dengan lagu Kasihnya Laila, Jin Bara? Bagaimanalah persembahan mereka ye? Kita tunggu... 

Berikut aku sertakan senarai lagu killer minggu ke 3 Gegar Vaganza 2021 musim ke 8. Kita beri  sokongan membina dan raikan semua bintang yang terlibat. Mereka tentu akan berikan yang terbaik semampu mereka. 

Dan buat Astro, asal hujan sikit je dah hilang siaran. Ganggu mood kami nak tonton. Please do something. Banyak emoji marah kat post peserta di fb Astro Gempak. Ingatkan marah perserta, rupanya marah Astro sebab gangguan line.

Nabil & Jihan ➡️ Shake It Off / Taylor Swift

13 bintang Gegar Vaganza 2021

Adibah Noor ➡️ All I Ask / Adele
Aweera ➡️ Boneka / Ernie Zakri
Bandi Amuk ➡️ Nak Dara Rindu / Tan Sri P Ramlee
Nikki ➡️ Semalam/ Aina Abdul
Saiful Apek & Yassin ➡️ Better Man / Robbie Williams
Azan Scan ➡️ Ini Rindu /Farid Hardja & Lucky Resha
Suki ➡️ Badarsila / Dato Siti Nurhaliza
Aliff Aziz ➡️ Kasihnya Laila / Jin Bara
Upiak Isil ➡️ Retak / Ella
Ani Maiyuni ➡️ Naluri / Nora
Nico ➡️ Manis / Dato Zainal Abidin
Fazley ➡️ Yang Sedang2 Saja /Iwan
Shidee ➡️ Blue Suede Shoe / Elvis Presley 

#GegarVaganza8
#GegarVaganzamingguke3
#GegarVaganza2021
#BintangKembaliMenyengat 
#storyteller #kbba9
#greenapplekudotcom

1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama