Gegar Vaganza 8

Tak sabar aku nak tunggu Ahad, 21 November 2021 jam 9 malam di Astro Ria atau stream Live di Astro Go. 13 peserta GV8 kali ni semuanya best. Dan kebanyakkannya, memang aku layan lagu dan vokal mereka. 

Dan dah lama juga aku tak tengok persembahan terkini Aweera (Andaiku Bercinta Lagi), Datuk Fazley Yaakob (Asmara Ini), Bandi Amuk (Akar dan Bumi), Aliff Aziz (Sayang-Sayang), Saiful Apek & Yassin serta Kumpulan Nico. Semua otai tahun 90an. Sengit dan pertaruhan hebat kali ni.

Tak kisah la siapa juara kerana kita dah sedia maklum mereka juara dalam kategori masing-masing. Anggaplah sekadar hiburan menghilangkan stress. Bosan juga asyik terbaca cerita Siakap dah berhari-hari.

13 bintang utama Gegar Vaganza 8 (GV8) kali ini terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan. 

Enam bintang solo lelaki yang akan memberi saingan sengit untuk musim ini ialah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz (Singapura). 

Gegar Vaganza 8

Sementara itu, senarai penyanyi solo wanita yang menyahut cabaran untuk berentap dalam GV8 ialah Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia). 

Musim ini juga turut meriah dengan kehadiran pelawak terkenal, Saiful Apek & Yassin serta Kumpulan Nico yang mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan. 

Nico salah satu kumpulan rap di zaman aku sekolah menengah dulu. Ingat lagi aku, di kelas kami ada team KRU, 4U2C dan Nico. Jangan cuba-cuba nak perlekeh team lain jika nak situasi dalam kelas aman damai. Respect each other. Gitew.

Pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Juri Tetap pula Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang. 

Korang team mana gais?

Imbau balik zaman jiwa remaja 90an, aku pilih team Aweera, Bandi Amuk, Adibah Noor, Nikki, dan Saiful Apek & Yassin. All the best buat semua peserta. 🎸

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama